
Sehubungan itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa perlantikan Exco kerajaan negeri berdasarkan prestasi.
“Setelah digugur sebagai Exco Kedah, Tan Wei Shu jadi Bebas. Exco bukan hak, tetapi dipilih berdasar prestasi,” ujarnya.
Pengarah Pemantapan Politik Keanggotaan PKR, Datuk Johari Abdul (kanan) pula tidak menjangka ada sebab lain yang diambil oleh Wei Shu itu keluar parti.
"Saya tak jangka ada sebab yang lain, beliau tidak ada masalah dalam PKR kecuali mungkin disebabkan tidak lagi dipilih menjadi Exco," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani.
Ditanya tentang punca Wei Shu keluar meninggal PKR, Johari seakan mengaku bahawa beliau merupakan punca bekas Exco Kerajaan Kedah itu bertindak menjadi Adun Bebas.
"Dia mengatakan bahawa dia kecewa dengan saya kerana saya tak sokong dia jadi Exco," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily petang ini.
Bagaimana pun, beliau berkata, keputusan melantik Adun Sidam, Tan Show Kang menggantikan Wei Shu dalam kerajaan Kedah yang baru tersebut bukan diputuskan oleh beliau secara peribadi.
"Keputusan menggugurkan beliau (dari) menjadi Exco bukan saya yang buat sendiri-sendiri, kepimpinan parti peringkat negeri yang putuskan," jelasnya.
Pun begitu, beliau menafikan bahawa Wei Shu seorang Adun yang bermasalah sewaktu menjawat jawatan Exco sebelum ini.
"Dia tak ada masalah, dengan saya tak ada masalah, dengan PKR pun tak ada masalah sebelum ini," kata beliau.
Ujarnya lagi, keputusan PKR Kedah melantik Show Kang berasaskan kebolehupayaan beliau berbanding Whe Shu demi memperkukuh kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat Kedah.
"Iyalah, Show Kang lebih layak, kita (PKR) berilah peluang kepadanya pula agar (kerajaan) negeri dan Pakatan (Rakyat) makin kuat," jelasnya.
Pada 10 Mac lalu, Wei Shu digugurkan ketika Kerajaan Kedah membuat rombakan Exco.
Ekoran itu, beliau dilihat mula mengkritik kepemimpinan Pakatan Rakyat seperti beberapa empat bekas wakil rakyat PKR yang lain sebelum ini.
Harakah Daily
Memang ahli PKR ini bemasalah kepada PR terutama kepada PAS. Adakah pemimpin utama PAS tidak dapat melihat bahawa sejak akhir-akhir ini masalah yang timbul dalam PR kebanyakkannya datang dari PKR. PKR dilihat menjadi liabiliti kepada PAS dan DAP. Mungkin kepimpinan PAS dan DAP perlu berfikir panjang untuk meneruskan gabungan ini bagi PRU 13. Jika tidak baik singkirkan sahaja PKR dari PR bagi memudahkan kemenangan PAS dan DAP bagi PRU 13 akan datang.
ReplyDeleteNampak sangat kenyataan dari pencacai UMNO kat atas tu ....
ReplyDeleteTak apa..
Nice Try.. but not so nice.. you can try again.
Masalah PKR itu biasa beb, masalah rumahtangga dan masalah waktu sedang membesar (the growing pains), apa ada hal? Yang bestnya UMNO/BN jadi Dewan Bandaraya pulak dok kutip semua sampah2 Pakatan untuk direcycle jadi "baja" lu orang UMNO/BN jugak.
ReplyDeleteTu masalah BN tu MIC, MCA, tak ke bebalnya UMNO mendukung biawak hidup dan bangkai bernyawa? Tapi depa semua memang syok jadi beban sebab beban2 pun dapat projek dari UMNO ye tak. Tengoklah bila Perkasa dah tak tahan UMNO dok tanggung biawak2 tu, mulalah dengar Ibrahim Ali teriak sakan. Apa tak nya ropa2nya hak Melayu disonglap oleh geng2 Cina dan India dalam BN sendiri, bukan dari luar...hah!
PKR perlu adakan post mortem secepat mungkin dan jangan asyik tuding jari kepada individu yang memilih untuk keluar parti.
ReplyDeleteJika benar lah, individu tersebut keluar parti kerana gagal perform, pemimpin atasan perlu memberikan tunjuk ajar..dan sebagainyalah..Lagipun, walau apapun, mereka ini ialah ahli PKR juga. Masa jadi ahli, bukan main lagi, ataupun, PKR dari mula terdesak nak ambil ahli, sesiapa saja nak cukupkan korum..inilah jadinya.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!