
Antara bentuk rasuah dilakukan selain pemberian bantuan kerajaan kepada rakyat semasa proses pilihan raya berlaku ialah pemberian wang ringgit melalui agen-agen BN.
Maklumat sedang dikumpul seberapa banyak yang boleh berhubung dakwaan berkenaan. Zaid juga dijangka akan membuat sidang akhbar esok berhubung tindakan yang akan diambil. Dalam pilihan itu Zaid kalah ditangan Kamalanantha dengan kekurangan undi sebanyak 1,725. Beliau mendapat 23,272 undi manakala Kamalanathan mendapat 24,997. Sebanyak 731 undi yang ditolak.
Sehubungan itu juga satu panel terdiri dari kalangan penguam terkemuka akan dibentuk untuk merangka satu memorandum untuk dihantar NGO hak asasi manusia dan pencinta demokrasi tulen di seluruh dunia. Memorandum itu menjelaskan kepincangan berhubung proses perjalanan pilihan raya di negara ini yang dikatakan berat sebelah, tidak ada dan memperalatkan jentera kerajaan.
Memorandum ini bakal menjadi dokumen baru untuk digunakan oleh para pendokong demokrasi tulen bagi mengkritik perjalanan pilihan raya di negara ini. Ia juga nanti akan digunakan oleh Bersih - sebuah badan bertindak dan memperjuangkan pilihan raya bersih dan telus yang pernah berarak menggegarkan negara beberapa tahun lalu.
Sekiranya memoranum ini menjadi kenyataan inilah tindakan pertama secara profesional diambil bagi mempersoalkan kepincangan perjalanan pilihan raya dan demokrasi di negara ini yang dikatakan pincang dan tidak berlaku adil kepada parti pembangkang.
Petiysen ke atas pilihan raya Hulu Selangor itu dan memorandum itu dilihat bakal memberi tekanan baru kepada kerajaan agar berlaku telus dan adil dalam setiap pilihan raya.
MSO
ASD,
ReplyDeleteBN won Olympic gold medal in Hulu Selangor by dirty and dubious means. Najib, Rosmah, Muhyiddin and SPR are the war criminals of Hulu Selangor. Win or lose this BUY-Election, Selangor government must hunt them down.
Saya amat bersetuju dan menyokong akan langkah dan tindakan yang akan diambil oleh Sdr. Zaid. PRK di Hulu Selangor sekali lagi telah memperlihatkan kepada rakyat pelbagai salahlaku dan salahgunakuasa oleh parti pemerintah hari ini dimana PM dan Timbalanya tanpa segan-silu melakukan rasuah secara terbuka, melenjan setiap kemudahan, kakitangan dan agensi kerajaan bagi tujuan politik mereka. Lebih memalukan, perbuatan biadap ini dilakukan secara berdepan dengan SPRM; iaitu badan yang fungsi asasnya ialah bagi memastikan pilihanraya di negara ini berjalan dengan telus dan adil. Malangnya, SPRM begitu "bacol" dan bersikap seperti lembu cucuk hidung!
ReplyDeleteYang demikian, perlanggaran peraturan dalam setiap PRK oleh BN perlu dihentikan segera. Parti- parti politik, NGO dan individu perlu menyertai Sdr Zaid, bangun menyuarakan perkara ini secara lantang dan profesional demi maruah rakyat khasnya dan negara Malaysia amnya.
PRK HS turut membenarkan kenyataan oleh Mantan PM, Tun Mahathir Mohammed baru-baru ini, bahawa bangsa Melayu (UMNO), bermula daripada PMnya sendiri, Menteri-Menteri Kabinet sehinggalah kepada ahli-ahlinya memerlukan "tongkat" bagi bersaing. Tanpa sogokan berbilion- bilon ringgit, bantuan kemudahan jentera, agensi dan kakitangan kerajaan, BN sudah tentu kalah teruk di HS. Pon begitu BN cuma menang majoriti kecil sahaja.
Malah kemenangan BN sejak tahun-tahun kebelakanan ini ialah kemenangan yang diraih samada dengan cara mengancam atau merasuah rakyat, bukan atas prinsip kesetiaan atau perjuangan. I guess it is a typical case of "what you pay is what you get".
Don't bother
ReplyDeleteThe courts are known to be UMNO's ass kissers
Besides,BN has nothin to be proud of and Zaid has everything to be proud of
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!