Zambry kini dipijak 3 Ekor Katak..

“Setelah menyusahkan Kerajaan Pakatan Rakyat, kini 3 katak itu sedang mengugut Zambry pula untuk mendapatkan apa saja. Zambry pula terpaksa beri atau ikut apa sahaja kehendak mereka supaya mereka tidak melompat pula kepada parti lain.


HULU SELANGOR, 21 April: Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kini berada dalam dilema dan tertekan dengan sikap tiga calon bebas di negeri itu yang sedang menunggu peluang untuk mengaut pelbagai keuntungan dari tindakan mereka keluar dari Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mendedahkan perkara itu menegaskan, perkara itu diketahuinya melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Menurut beliau, perkara itu juga bukanlah sesuatu yang mustahil kerana beliau sendiri cukup kenal dengan tiga wakil rakyat terbabit yang sebelum ini bertanding atas tiket PKR dan DAP yang bergabung dalam Pakatan Rakyat, tetapi sanggup meninggalkan Pakatan Rakyat demi kepentingan diri.

Tiga wakil rakyat bebas yang dimaksudkan oleh beliau itu terdiri daripada Kapten (B) Mohd Osman Jailu (Cangkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Fong (Jelapang).

“Tindakan 3 katak itu keluar dari Pakatan Rakyat melambangkan mereka manusia yang tidak bertanggungjawab, mengkhianati pengundi-pengundi yang menyokong mereka, sehingga menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak mengalami kesusahan dan dirampas oleh Umno-BN.

“Setelah menyusahkan Kerajaan Pakatan Rakyat, kini 3 katak itu sedang mengugut Zambry pula untuk mendapatkan apa saja. Zambry pula terpaksa beri atau ikut apa sahaja kehendak mereka supaya mereka tidak melompat pula kepada parti lain.

“Tindakan mereka itu ternyata menyusahkan rakyat Perak kerana ia akan melibatkan hak atau harta benda rakyat Perak. Tetapi mereka tetap tidak menghiraukan semua itu bagi menjaga kepentingan mereka sendiri.

“Perkara itu samalah juga dengan apa yang dilakukan oleh Umno terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, sehingga mereka sanggup merampas hak rakyat Perak yang telah memilih Pakatan Rakyat untuk memerintah negeri Perak.

“Demi kepentingan mereka, para pemimpin Umno-BN sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengkianati rakyat, merampas hak rakyat Perak. Semua itu perlu disedari oleh orang ramai demi kepentingan mereka sendiri,” katanya ketika menyampaikan ceramah di persekitaran Pejabat PAS Bukit Sentosa 2 di Hulu Selangor, malam semalam.

Baru-baru ini, Hi Yit Fong yang juga timbalan Speaker Dun Perak diberikan gelaran 'datuk' oleh Sultan Perak. Tidak diketahui apakah ia ada kaitan dengan dakwaan Nizar ini.

Ketika merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, kata Nizar, Umno mengatakan kepada beliau dengan berbagai-bagai dakwaan yang bukan-bukan termasuk memberi tanah kepada kaum Cina, sehingga dikatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak sebagai ‘kerajaan Cina’.

“Pada hal apa yang kita lakukan itu amat kita fahami kerana ia sebenarnya bertolak dari prinsip-prinsip Islam dan keadilan. Rakyat Perak sendiri faham perkara itu. Sebab itulah rakyat Perak tetap tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Umno-BN ke atas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak,” katanya yang juga Adun Pasir Panjang.

Sehubungan itu, beliau berharap agar para pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor tidak akan tertipu dengan permainan politik kotor Umno-BN agar mereka tidak tersalah memilih pemimpin.


Harakah Daily

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. harga yang perlu dibayar oleh katak2 tu... caci maki rakyat dan rakan parti...

    harga yang perlu dibayar oleh sam... penuhi apa yang mereka mahu....

    aduih... menyesal tak berguna...
    somebody black mail sam black.

    ReplyDelete
  2. Mana tak kena pijak, bila katak Cina dapat title Datuk, katak Melayu mana yang tak bengang? Sekor katak Cina lebih berharga dari semua katak2 Melayu sampai tak ada sekor pun katak Melayu yang dapat Datuk, boleh ke? Dah lah katak Cina, cacat pulak tu? Katak Cina bila dicium bertukar jadi puteri tapi katak Melayu tersondol2 minta dicium pun tak berubah tetap katak jugak...kesiannya..

    ReplyDelete
  3. apa jasa katak betina tu pada rakyat perak ya ampun bang sultannnnnn

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post