4 pelajar UKM didakwa sokong Pakatan dibicara 3 Jun

KUALA LUMPUR, 14 Mei — Empat pelajar jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhadapan dengan kemungkinan digantung pengajian kerana menyatakan “sokongan” kepada Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu.

Pelajar-pelajar tahun kedua itu dikehendaki menghadiri perbicaraan di Mahkamah UKM pada 3 Jun ini.

Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 15(5)(A) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 kerana menyatakan sokongan atau bersimpati dengan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Salah seorang pelajar terbabit, Ismail Aminuddin telah menerima surat perintah meminta menghadiri perbicaraan pada tarikh tersebut.

Tiga yang lain terdiri daripada Hilman Idham, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai.

Kesemua merupakan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Mahasiswa Sains Politik UKM.

Pilihan raya kecil berlangsung pada 25 April lalu dengan tempoh berkempen bermula 17 April. Ia dimenangi calon Barisan Nasional.

Ismail, Naib Pengerusi kelab itu ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, dia menerima surat meminta menghadiri mahkamah petang semalam.

“Surat itu menyatakan tuduhan bahawa kami menyatakan sokongan atau bersimpati dengan membawa risalah-risalah parti politik bertanding,” katanya.

Keempat-empat pelajar itu ditahan bersama tiga yang lain, yang merupakan aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu sekatan jalan di Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru pada 22 April lalu.

“Ketika ditahan kami cuma menaiki van yang disewa dan dalam keterangan polis yang diberikan, ada dinyatakan bahawa kami cuma naik van dan risalah-risalah itu diakui adalah milik aktivis parti politik, bukan kami yang bawa.

“Kami cuma naiki van berkenaan pada hari kejadian,” kata Ismail sambil menambah, surat tuduhan yang dikeluarkan tidak menyebutkan bentuk hukuman.

“Ia bergantung kepada hujah nanti,” katanya.

Risalah itu dipercayai membawa mesej sokongan kepada PKR.

Walaupun tiga pelajar lain belum menerima surat tetapi menurut Ismail, surat diterimanya ada menyatakan dia dan tiga pelajar lain yang merujuk kepada Hilman, Azlin dn Woon.

Bagaimanapun katanya, jika tidak menghadiri perbicaraan mereka boleh digantung daripada berada di kawasan UKM.

Hilman yang merupakan pengerusi kelab itu memberitahu, “kami akan menghadiri perbicaraan pada 3 Jun ini.”

“Saya percaya kami bertiga akan menerima surat hari ini ataupun minggu depan,” katanya lagi.

Katanya, hukuman paling berat kemungkinan dikenakan ialah digantung pengajian.


The Malaysian Insider

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ini double standard kerana ketika p/raya kecil Hulu Selangor ramai student UPSI berkempen untuk BN. Kenapa tidak ada tindakan?

    ReplyDelete
  2. ini bukan double standard but triple jungle standard. 'KUN PAYA KUN' mereka lupa bahawa perancangan ALLAH jua yang berjaya.

    peeeellaaaaq.

    ReplyDelete
  3. haa.. ini la yg aku risau sgt2... nasib baik xkene ISA.. yg aku hairan nye masa pelajar sokong BN xkene tahan tapi time sokong PR mesti pelajar kene tahan.. adoi...??? mcm ne nak selesaikan masalah ni.. pemuda UMNO pun ramai yg student lagi.. mana aku tau??? sbb AKU NI AJK UMNO CAWANGAN MERANGKAP STUDENT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post