
Mereka masih berputar-putar mencari punca apakah sebab kekalahan itu dan ada di antara mereka yang tidak dapat menerima hakikat kekalahan dan sokongan yang semakin terhakis.
Mereka mengeluarkan kenyataan bersifat rempah ratus, memujuk diri sendiri dan ada yang sedang mengkaji apakah keperluan masyarakat Sibu sebenar.
Kenyataan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berbentuk retorik kerana menyifatkan kemenangan DAP itu bukan isyarat kepada permulaan penguasaan parti pembangkang di Sarawak.
"Jangan sangka apabila seekor ayam berkokok maka ertinya hari sudah siang," katanya yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu.
Masyarakat Sibu tidak boleh "dibeli"
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, BN akan melakukan pembaharuan terhadap jentera pilihan raya parti itu yang kini didapati kurang bertenaga, dan tidak kreatif, sebagai persediaan pada pilihan raya umum yang akan datang.
Menurut beliau, DAP berkempen secara agresif dan menggunakan isu-isu yang sensitif serta banyak mengadakan program dan perjumpaan.
Najib sepatutnya hairan kenapa rakyat Sibu tidak termakan dengan "gula-gula" yang ditaburkannya menjelang PRK itu.
Seperti mana berleluasanya politik wang di Hulu Selangor tempuh hari, Najib memberi wang tunai RM600 untuk setiap pintu di rumah panjang disamping memberi RM5 juta untuk sekolah-sekolah rendah Cina, RM5 juta untuk sekolah-sekolah menengah persendirian Cina dan RM10 juta untuk sekolah-sekolah mubaligh Kristian.
Masyarakat Cina di Sibu khususnya sudah mencapai kematangan berpolitik dan tidak boleh "dibeli" dengan wang seperti mana yang ditunjukkan oleh pengundi-pengundi Cina di Rasa, Hulu Selangor.
Mereka memberi sokongan padu kepada calon Pakatan Rakyat, Dato’ Zaid Ibrahim walaupun Najib menyogok RM3 juta untuk sekolah kebangsaan Cina di situ sehari menjelangnya hari mengundi.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyarankan BN melakukan bedah siasat segera bagi mengenal pasti punca utama calonnya tewas.
"Umno memang kecewa dengan kekalahan itu, tetapi kita menerima keputusan berkenaan secara terbuka. Walaupun kalah tipis, BN perlu melakukan bedah siasat yang boleh dijadikan panduan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang," ujar Naib Presiden Umno itu.
BN terus berjanji untuk menunaikan janji-janji yang dibuat menjelangnya sesuatu pilihan raya dan begitu juga di Sibu. Kegemaran para pemimpin BN untuk berjanji dengan projek pembangunan membuat rakyat menjadi muak kerana banyak janji yang tidak ditunaikan.
"BN akan tetap menunaikan janji-janji yang telah diumumkan oleh kerajaan kepada rakyat semasa kempen pilihan raya kecil Sibu," kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, segala apa yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, dirinya sendiri atau mana-mana pemimpin BN sebelum ini akan ditunaikan.
Bagaimanapun SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) agak lebih berterus terang tentang kekalahan ini. Presidennya, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata, lebih daripada 50 peratus pengundi didapati tidak gembira dengan parti tersebut.
"Ini adalah pilihan rakyat dan kita mesti terima keputusan ini. Sekarang kita mesti mengambil tahu kenapa rakyat tidak senang dengan kita," ujar beliau.
Kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu menandakan tsunami politik telah melanda negeri Sarawak dan diharap tsunami akan tiba di pantai Sabah tidak lama lagi bagi membawa perubahan dan memperkenalkan politik baru.
freemalaysiatoday
Taik jangan hanya berani bercakap saja, kalau betul berani nak tengok berapa ekor ayam jantan yang akan berkokok, hah apalagi bubarkanlah kerajaan Sarawak dan buat pilihanraya negeri sekarang jugak? Apa te te te te bubar sekarang!
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!