Ibu Wakil Rakyat terima Zakat?

Apa nak jadi dengan Negara Islam Malaysia ni...ada lagi salah urus duit zakat ni ya.. duit zakatpun korang sapu..

Dan untuk maklumam ini bukanlah satu kes yang luar biasa bagi mereka, kerana mereka juga pernah dikhabarkan mengagihkan duit zakat kepada ketua-ketua Bahagian....






IBU WAKIL RAKYAT TERIMA ZAKAT

Seorang ibu kepada ahli dewan undangan negeri di negeri ini antara individu yang dikesan menerima agihan wang zakat kategori fakir miskin oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu(MAIDAM) tahun lalu.

Selain ibu kepada wakil rakyat terbabit, individu lain yang tersenarai menerima agihan wang berkenaan adalah mereka yang mempunyai simpanan mencecah RM79000 dalam akaun bank.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata, perkara itu berlaku kemungkinan kerana mereka yang diamanah menyenarai penerima agihan zakat tidak meneliti status kelayakan sepatutnya diterima penerima zakat bagi kategori fakir miskin.

"Kita sudah mengesan pelajar yang menerima wang zakat untuk belajar di Mesir tetapi disalahguna bagi tujuan melancong ke beberapa negara barat," katanya.


Sumber: Sinar

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post