Jika Samy berani.. pecat Vell Paari dan T.Mohan

Walaupun Datuk Seri Samy Vellu menyifatkan kenyataan anaknya S. Vell Paari yang biadap menuduh UMNO terbabit usaha menyingkir Presiden MIC itu bukan pandangan parti tetapi “ damage has been done ”.

Beliau tidak boleh lepas tangan begitu sahaja atau baling batu sembunyi tangan.

Jika benarlah, Vell Paari buat tuduhan itu secara peribadi, bagaimana pula dengan kenyataan Ketua Pemuda MIC T.Mohan yang meminta Jawatankuasa Pusat MIC (CWC) menilai semula kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional (BN)?

Dan bagaimana pula tindakan Pemuda MIC menghantar memorandum minta polis ambil tindakan terhadap Datuk Nasir Safar bekas pegawai khas Perdana Menteri berhubung kenyataan yang didakwa berbaur perkauman pada Seminar 1Malaysia di Melaka, Februari lalu.

Jelas itu semua bukan kebetulan apabila memorandum itu diserahkan enam wakil Pemuda MIC kepada Ketua Polis, Tan Sri Musa Hassan, Selasa.

Tak perlulah Samy Vellu pura-pura tak tahu pasal kenyataan anaknya, cadangan Mohan dan kenapa tiba-tiba memorandum tersebut diserahkan kepada polis ketika isu Vell Paari dan penentangan bekas timbalan ketua Pemuda MIC V.Mugilan bagi mendesak Samy Vellu segera melepaskan kerusi presiden parti itu.

Walaupun ada kalangan pemimpin UMNO mahu Vell Paari meminta maaf atas tuduhannya terhadap UMNO, tindakan tersebut tidak memadai.

Malah Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali turut mempertikai kenapa orang Melayu mudah sangat meminta pihak yang sengaja menyakitkan hati Melayu meminta maaf.

“Bila ada Melayu bercakap sedikit sensitif, ada kalangan Cina dan India riuh rendah buat laporan polis dan desak diambil tindakan sedangkan jika ada pihak terbabit hina Melayu, mereka hanya disuruh minta maaf,” ujarnya.

Menerusi sms kepada Agendadaily, Ibrahim berkata, “Datuk Ahmad Ismail digugurkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Nasir hilang jawatan pegawai khas Perdana Menteri,”.

Sebaliknya kata ahli parlimen Bebas Pasir Mas itu, apabila ada pelajar Cina memperlekeh lagu Negaraku, tiada tindakan diambil.

“Semua diam. Banyak lagi contoh-contoh lain. Dan bila anak Samy Vellu tuduh UMNO (Melayu turut terasa) , maka memadaikah jika hanya minta maaf?,” ujarnya.

Sebenarnya, Samy Vellu kena bertanggungjawab apa yang sudah dikatakan Vell Paari serta pergerakan pemuda partinya yang bertindak keterlaluan semata-mata mahu mengampu presiden MIC itu.

Mugilan sudah menunjukkan jalan mudah kepada Samy Vellu.

Dalam sidang medianya di Petaling Jaya, Rabu bekas Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor itu mencabar Samy memecat Vell Paari dan Mohan kerana buat kenyataan bertentangan dengan prinsip parti semangat setia kawan komponen dalam BN.

Mugilan menyelar Mohan yang opportunist didakwanya cuba menggunakan kaedah ugutan kepada BN untuk menilai semula kedudukan parti dalam BN kerana tidak dilantik Senator.

“Persoalannya apakah MIC boleh hidup tanpa payung bernama Barisan Nasional? Pilihanraya umum ke 12 telah membuktikan tidak ada parti politik dalam Malaysia yang boleh hidup secara sendirian. Kemungkinan besar T.Mohan tidak memahami realiti politik semasa,” tegasnya.

Beliau berharap pemimpin MIC di dalam Kabinet memberikan penjelasan apakah pendirian mereka berhubung dengan kenyataan-kenyataan tersebut.

“Apakah pendirian Mohan di sokong oleh Presiden parti? Apakah Mohan dan Vell Paari akan dirujuk kepada jawatankuasa displin parti kerana mengeluarkan kenyataan akhbar yang melanggar prosedur dan kepentingan parti?,” soalnya.

Bagi Mugilan inilah alasan yang selalu digunakan Samy Vellu untuk memecat pemimpin-pemimpin MIC yang tidak sehaluan dengan kehendak kuasa politik beliau.

Jadi apa macam tiga naib presiden MIC, Datuk Dr S. Subramaniam, Datuk S.K. Devamany dan Datuk M. Saravanan?

Pasti mereka masih ingat apa berlaku pada mesyuarat tergempar yang diadakan Samy Vellu ketika mahu memutuskan siapa calon MIC yang akan bertanding di Hulu Selangor, baru-baru ini.

Ada cerita kononnya mereka dipaksa akur dan menyokong keputusan Samy Vellu mahu mencalonkan Datuk G.Palanivel dan menolak nama Mugilan.

Imej bekas menteri Kerja Raya itu sudah calar balar.

Apatah lagi jika beliau tidak mengambil tindakan terhadap Vell Paari dan Mohan yang keluarkan kenyataan pedas itu.

Ramai kini sedang menunggu Samy Vellu memecat anaknya dan Mohan sama seperi beliau berbuat demikian keatas Mugilan, K.P Samy dan G.Kumar Aamman.

Beranikah Samy Vellu atau beliau mahu tinggu dan lihat dulu kesan perhimpunan Gerakan Anti Samy Vellu yang dianjurkan Mugilan, Ahad ini.

Seperti biasa, kita tunggu siapa yang kena...


Roslan Bian/Agenda Daily

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. ASD,

    Samy tarak baling batu jugak, dia baling angin jugak, dia kuntut saja, kasi bau, sekarang dia apa pasal mau simbunyi tangan, dia simbunyi bontot la sebab dia kuntut. Ini tua punya worang dia kuntut busuk woi UMNO kuntut pun tarak ini macam punya busuk....Ptuihhhh...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post