
UPDATED @ 07:27:12 16-05-2010
May 16, 2010
SIBU, 16 Mei — Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon DAP mendahului selepas lebih separuh daripada saluran selesai dikira setakat 7 petang tadi.
Daripada 83 saluran, DAP memperoleh 14,283 undi manakala BN menguasai 12,047 undi.
Dengan itu, majoriti DAP setakat ini ialah 2,236 undi.
Kedua-dua parti utama berhadapan dengan saingan sengit untuk menguasai kerusi Sibu.
Terdahulu setakat 6.15 petang tadi, daripada 44 saluran selesai dikira DAP menerima 7,026 undi manakala BN pula 6,243 dan seorang calon Bebas menerima 52 undi.
Bagaimanapaun setakat 22 saluran selesai dikira sehingga pukul 5.30 petang tadi, BN berada di depan dengan kelebihan 1,985 undi.
Sebelum itu Proses pengundian bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu berakhir apabila kesemua 45 pusat pengundian tutup pada pukul 5 petang tadi.
Proses pengiraan sedang berlangsung dengan penjumlahan undi dilakukan di Dewan Suarah Sibu di sini.
Sepuluh pusat mengundi ditutup pada pukul 1 tengah hari, lima pada pukul 2 petang, enam pada pukul 3 petang, dua pada pukul 4 petang manakala 22 lagi pada pukul 5 petang.
Setakat 4 petang, kira-kira 31,119 atau 56.9 peratus pengundi telah keluar mengundi.
Pada pilihan raya umum 2008, peratusan mengundi ialah 67 peratus.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau kurang berpuas hati dengan peratusan keluar mengundi yang rendah pada pilihan raya kecil kali ini.
Keputusan pilihan raya dijangka akan diumumkan seawal-awalnya pada pukul 9 malam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Shafie Ismail berkata proses pengundian berjalan dengan lancar.
“Tiada sebarang laporan mengenai perlanggaran peraturan pilihan raya. Tiada insiden yang tidak diingini berlaku cuma ejek-mengejek antara penyokong parti bertanding,” katanya ketika dihubungi.
Bernama
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!