
Kononnya tindakan Chan Peng itu turut diikuti kira-kira 70 ahli PKR Cabang Sibu.
Alasannya ialah keluar PKR adalah disebabkan bosan dan muak dengan perebutan kuasa di kalangan pemimpin PKR Sibu meskipun jumlah cawangan tidak begitu banyak.
Hmm.. Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat berumur 42 tahun..
Di dalam PKR golongan yang berada dibawah sayap Angkatan Muda Keadilan atau AMK ialah pemuda atau pemudi yang berumur 40 tahun kebawah, jadi Ketua Pemudanya juga seharusnya berumur dibawah 40 tahun juga.. Ahli yang berumur 40 tahun keatas secara automatic bukanlah lagi pemuda..
Pemuda yang berumur dibawah 50 tahun itu ialah Pemuda UMNO, kerana mereka ketandusan pemimpin-pemimpin muda..
Jee Chan Peng kata dia dah bersama pembangkang selama 18 tahun..
Jika beliau maksudkan 18 tahun bersama PKR, beliau jelas berbohong kerana PKR bermula dengan Parti Keadilan Nasional dilancarkan pada 4 April 1999. Bermakna usia PKR baru saja mencecah 10 tahun lebih.. jadi bagaimana dia boleh mengatakan beliau bersama PKR selama 18 tahun? Sejarah baca kat sini.
Nampaknya skrip mereka telah dibuat tanpa usul periksa atau mereka telah menyediakan skrip berdasarkan fakta yang salah untuk dibaca oleh orang yang bodoh…
Kalau dah terdesak sangat nak menang pun.. skrip tu biarlah betul.. dah lah semalam yang keluar PKR Kulim 20 orang korang buat cerita 1700 orang.. hari buat skrip ikut sedap korang pulak..
Ketua Pemuda, 70 ahli PKR Sibu keluar parti
SIBU 10 Mei - Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Sibu, Jee Chan Peng malam ini mengumumkan keluar parti dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, 16 Mei ini.
Tindakan Chan Peng, 42, itu turut diikuti kira-kira 70 ahli PKR Cabang Sibu.
Bercakap kepada pemberita malam ini, beliau memberitahu, kesemua yang meninggalkan PKR akan memberi sokongan padu kepada calon BN pada pilihan raya kecil ini.
Menurutnya, keputusan untuk keluar PKR adalah disebabkan bosan dan muak dengan perebutan kuasa di kalangan pemimpin PKR Sibu meskipun jumlah cawangan tidak begitu banyak.
''PKR khususnya di Sibu sekarang berada dalam keadaan kucar-kacir dengan banyak ketua cawangannya berebut kuasa malah bergaduh sesama sendiri.
''Justeru bagi ahli yang tidak memegang apa-apa jawatan, mereka tidak akan mendapat sebarang manfaat," katanya.
Dalam pada itu, Chan Peng memberitahu, beliau yang telah 18 tahun bersama pembangkang menjangkakan ramai lagi ahli yang akan mengikut jejaknya meninggalkan PKR.
Bagaimanapun, katanya, beliau belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana parti komponen BN.
Pada masa yang sama, Chan Peng berjanji membantu jentera pilihan raya BN termasuk menyertai kempen dari rumah ke rumah.
''Pada masa ini, saya melihat ramai menteri turun padang dengan pergi dari rumah ke rumah dan bekerja keras sehingga menambat hati saya untuk masuk BN.
''Saya juga berpendapat bahawa hanya BN sahaja yang mampu membela rakyat dan jika mengundi pembangkang, maka tiada lagi pembangunan di bandar Sibu," ujarnya.
Media UMNO
For readers info, Jee Chang Peng is a liar n everybody in Sibu knows. Before PKR was formed he was originally a DAP member. PKR was only brought in to Sibu town during last Parliment election and we only 1 PKR branch here. As far as I know, power struggle among the member doesn't exist cuz everybody knows who is our enemy, the so called Pehin Taib Mahmud and UMNO.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!