Padan Muka Hang Bung Mokhtar..

Poligami: Shahrizat sokong mahkamah hukum Bung Moktar

May 19, 2010

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan hukuman yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin kerana kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah adalah jelas dan tegas.

Shahrizat berkata, hukuman itu juga menunjukkan bahawa tiada kompromi dalam isu berpoligami oleh mana-mana lelaki Islam di negara ini.

“Peruntukan poligami di dalam Undang-Undang Keluarga Islam adalah jelas bahawa mana-mana individu lelaki Islam yang ingin berpoligami hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu, secara bertulis, daripada Mahkamah Syariah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata peruntukan ini bertujuan untuk memastikan kepentingan dan kebajikan isteri, anak dan keluarga sedia ada terpelihara. Sehubungan itu, katanya undang-undang itu tidak patut dipermainkan atau diperlekehkan oleh mana-mana individu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini yang mengenakan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 terhadap Bung Mokhtar kerana kesalahan berpoligami dengan pelakon Zizie Izette Abdul Samad tanpa kebenaran mahkamah pada akhir tahun lepas.

Bung Moktar, 51, didakwa berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan isteri, pelakon Zizie Izette, 31, di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Dis tahun lepas, dan didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.


Bernama.

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. emmm... pandai sharizat ek..?? dah tu bapak kau NAJIB tu bila pulak ank kene tahan lulus kan lesen judi halal tu??? judi tu haram dlm islam..yg bung buat salah tu undang2 negara je.... so??? jawab la BODOH!

    ReplyDelete
  2. "Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan hukuman yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin kerana kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah adalah jelas dan tegas"

    ... perintah Allah lebih jelas dan lebih tegas untuk kita patuhi, akibat mengengkarinya azab allh amat pedih.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post