PRK Sibu : 10 tahun menanti Tanah.

MIRI: Hampir 10 tahun menunggu namun permohonan seorang nenek untuk mendapatkan sebidang tanah daripada kerajaan Barisan Nasional di negeri itu sehingga kini gagal.

Ani Saat, 60-an, yang sekarang ini menetap bersama cucu perempuannya di sebuah pondok usang di Tudan Fasa Dua berkata, permohonan telah dikemukakan sejak tahun 2001 dengan harapan dapat memiliki sebidang tanah untuk membina kediaman baru.

“Saya telah memohon tanah pada tahun 2001, 2003 dan 2007. Tetapi tidak mendapat maklum balas dan jawapan,” jelas Ani yang bimbang akan masa depan diri dan cucunya yang kini berusia 12 tahun dan menuntut di Sekolah Kebangsaan (SK) Chung Hua Lutong.

Ani berkata, surat permohonan yang dikemukakan kepada Pejabat Daerah Miri dan wakil rakyat sehingga kini masih gagal dijawab.

“Di manakan konsep 1 Malaysia… permintaan rakyat didahulukan?” soalnya yang menganggap permintaan kecilnya itu dipinggirkan oleh pihak berkuasa.

Pondok yang menjadi tempat berteduh kedua mereka itu semakin uzur, bergoyang dengan atap yang bocor.

Dengan anggaran pendapatan RM15 sehari daripada menjual sayur lemidin di tamu di Tudan, Ani turut berharap kepada ihsan jiran tetangga untuk membantu mengharungi kehidupan seharian.

“Sayur yang dijual pun bukannya habis setiap hari. Kekadang tidak dibeli langsung. Jadi, tiadalah duit belanja” jelasnya.

Beliau bimbang dengan nasib cucunya dan berharap untuk mendapatkan kediaman baru bagi kegunaan cucunya bila dewasa kelak.

Bagaimanapun, Ani berterima kasih kepada jiran tetangga, masyarakat setempat dan Tabung Baitulmal yang tampil membantu beliau.

Sehubungan itu, jiran Ani, Mohd Suhaimi Obeng mahu pihak berkuasa tampil membantu Ani dan cucunya memiliki kediaman baru.

“Jiran di sini turut membantu Ani dan cucunya. Begitu juga dengan ahli jawatankuasa surau kampung,” jelasnya.


erapakatan

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. aku pun setuju gak...
    kalau dekat sibu sendiri pn org bumiputra semacam x terbela...
    masih ada beberapa buah kampung tradisi (kampung lama yg wujud sebelum merdeka lg) akan d angkat dan di iktiraf sebagai setinggan...
    kalau nak tengok surat dr pihak berkuasa srh pindah tu, aku ada menyimpan...

    ReplyDelete
  2. rentap,

    Kalau selama duduk dalam Malaysia masih tidak berubah, baiklah rakyat Sarawak dan Sabah tadbir sendiri negeri masing2. Sia2 selama 40 tahun dan tahun 2020 hanya tinggal sedekad saja lagi, jangan2 kamu semua bukan saja jadi stinggan malah mungkin terus jadi orang pelarian di tanah air sendiri.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post