Sikap BN sudah jelas kita ketahui berhubung isu penyerahan blok padang minyak L dan M kepada Brunei, atas alasan ia adalah pertukaran bagi tuntutan ke atas Limbang. Ini bukan jalan penyelesaian, kita perlu pertahan kedua-dua kawasan tersebut bukan menyerah begitu sahaja
Oleh Faizal Ezzany
SIBU 8 Mei - Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru pengundi Sibu memilih calon Pakatan Rakyat, Richard Wong Ho Leng kerana ini adalah tindakan ke arah kebaikan yang diperjuangan bagi merubah lanskap politik Malaysia terutamanya Sarawak.
"Saya harap warga Sibu dapat memberi sokongan yang penuh kepada calon Pakatan Rakyat dari DAP kerana kita perlu lakukan perubahan. Walaupun calon sebelum ini telah melakukan satu yang mungkin baik kepada rakyat Sibu tetapi perubahan tetap kita perlu lakukan kerana ini akan menbawa kebaikan kepada rakyat Sibu.
"PRK ini menjadi medan yang amat penting kerana ia dapat memberi mesej yang jelas kepada rakyat dalam menyelesaikan masalah mereka selain isyarat kepada Barisan Nasional bahawa rakyat sudah bosan dengan agenda politik lama mereka.
"BN telah memerintah Sarawak lebih 40 tahun tetapi masalah rakyat di sini belum juga terbela terutamanya tentang dengan tanah adat. Kalau calon dari Pakatan Rakyat diberi peluang maka kita boleh memperjuangkan hak mereka ke atas tanah adat itu tetapi jika diberikan balik kepada BN perkara yang sama juga akan berlaku," katanya kepada Suara Keadilan di pusat penamaan calon di Dewan Suarah di sini pagi tadi.
Dr Wan Azizah berkata hakikat bahawa Sibu adalah kubu kuat BN tidak menjadi satu halangan kepada Pakatan Rakyat untuk merampasnya pada PRK ini.
"Memang kita akui Sibu ini menjadi kubu kuat BN dan majoriti penduduk di sini adalah dari kaum Cina, selain itu juga terdapat kaum lain seperti Iban dan juga Melayu Melanau. Kita perlu berikan penerangan yang jelas kepada mereka tentang agenda perubahan yang kita lakukan, tanpa penerangan akan timbul kegagalan dan ini menyebabkan perubahan yang ingin kita lakukan tidak berhasil.
"Sikap BN sudah jelas kita ketahui berhubung isu penyerahan blok padang minyak L dan M kepada Brunei, atas alasan ia adalah pertukaran bagi tuntutan ke atas Limbang. Ini bukan jalan penyelesaian, kita perlu pertahan kedua-dua kawasan tersebut bukan menyerah begitu sahaja.
"Ini kesilapan yang besar BN lakukan kepada rakyat Malaysia khasnya Sarawak dan juga Sabah. Ia adalah satu tindakan yang tidak cerdik dan kerajaan perlu berikan penjelasan terhadap tindakan tersebut dan bukan mengambil jalan mudah," kata Dr Wan Azizah lagi.

Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!