Walaupun sambutan hari Krismas atau hari Natal masih jauh lagi, penduduk-penduduk Sibu agak bertuah kali ini kerana Santa Claus yang berbibir merah bukan berbaju merah dijangka mendarat di Sibu dan melawat Sibu selama dua hari..
Selama dua hari itu maka akan pasti berbillion-billion lah hadiah-hadiah akan dijanjikan kepada penduduk-penduduk Sibu.. DIJANJIKAN sahaja.. perlaksanaan janji tu tak tahu bilalah..
Santa Claus berbibir merah itu diberitakan akan melakukan lawatan kerja..
Jika Santa Claus berbibir merah itu melakukan lawatan kerja atas kapasiti seorang Perdana Menteri beliau sepatutnya menjauhkan diri dari berkempen untuk calon SUPP kerana beliau sedang bekerja sebagai Perdana Menteri dan bukan sedang bercuti..
Santa Claus berbibir merah itu sepatutnya tahu gajinya sebagai Perdana Menteri dibayar dengan menggunakan wang dari hasil cukai yang dibayar rakyat yang bukan semuanya menyokong UMNO!!
Jadi jika beliau tetap berkempen untuk calon SUPP itu.. beliau telah menyalahgunakan kuasa dan harta benda Kerajaan Malaysia yang nyata jelas bukan harta mak bapak dia..
Najib lakukan lawatan kerja dua hari ke Sibu esok
2010/05/11
SIBU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan tiba di Sibu esok untuk melakukan lawatan kerja dua hari.
Sebaik tiba kira-kira 4.30 petang, beliau dijangka beredar ke sebuah hotel terkemuka di sini bagi menghadiri perhimpunan Persatuan Sekolah-sekolah Menengah Cina Bersatu dan Persatuan Sekolah-sekolah Rendah Cina Bantuan Bersatu.
Perdana Menteri kemudian akan menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah di Masjid An-Nur sebelum menyaksikan perarakan Tua Pek Kong di Medan Hoover.
Ini disusuli dengan majlis pelancaran Siaran RTM menerusi Program Satelit bagi Sabah dan Sarawak dan komputer 1Malaysia di sebuah hotel terkemuka di sini sebelum menghadiri jamuan malam bersama kalangan ahli perniagaan tempatan di venue yang sama.
Najib akan memulakan hari kedua beliau dengan bersarapan bagi bersama anggota beberapa pertubuhan belia.
Program diteruskan dengan melakukan tinjauan mesra di sekitar Pasar Pusat Sibu sebelum melawat Rumah Sebastian Ungoh di Pasai, kira-kira 20 kilometer dari sini.
Perdana Menteri akan menghadiri majlis jamuan tengah hari bersama pegawai kerajaan di sini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Bernama

Salam...
ReplyDeleteMemang lah DS Najib tu PM. Semua orang tau. Dia PM dan juga presiden UMNO..
Pada pandangan saya tak salah jika sebagai seorang presiden parti DS Najib memainkan peranan sebagai presiden parti dengan menyokong ahli partinya yang bertanding...
Kalau nak dikatakan DS Najib guna duit cukai rakyat, yang PR sibuk nak wat pilihanraya kat Perak sebab nakkan Nizar jadi MB..yg tu PR pakai duit poket sendiri ke? tak pun duit Anwar. ye la Anwar kan kawan dengan orang-orang kaya Israel...
Anda yakin ke kalau Anwar jadi "PM" dia takkan turun sama sokong ahli parti dia yang bertanding? ...
Fikir-fikirkan lah....
Salam sedara..
ReplyDeleteKita bercakap tentang perkara yang akan dan telah terjadi bukan bercakap tentang perkara yang belum terjadi..
Memang tidak salah kalau Najib menyokong calon BN atas kapasiti Presiden UMNO tetapi bukan sebagai PM Malaysia.. kerana gajinya sebagai PM dibayar oleh rakyat yang bukan semuanya menyokong UMNO..
ASD,
ReplyDeleteAku cukup meluat dengan mamat2 yang suka sangat main KALAU2 ni. Kalau nak sangat main KALAU apa lagi nak susah2 fikir, fikir saja KALAU2 besok kapal terbang yang Najib naik tu terhempas di Laut China Selatan dan semua dalam pesawat tu terkorban termasuklah Najib, kan senang cerita. Hah, mainlah lagi KALAU2 ni, iskandar...
hahaha kenapa saudara FMZam marah-marah ni =)
ReplyDeleteapa salah ke apa yg saya ckp? kan mmg tu impian Anwar? saya TERPAKSA letak KALAU sbb impian dia TAK TERCAPAI lagi dan kemungkinan BESAR TAK AKAN tercapai....
mmg patut pun marah org macam ko ni... kalau org dah suke A tu org lain cakap jgn suke pun dia suke gak A tu... biar je laa..yg penting melayu bersatu!
ReplyDeleteSo iskandar habis tu kalau dah kau kata impian dia tak akan tercapai (macamlah kau tu tuhan), apa yang kau nak bising tentang KALAU dia jadi PM? Dabus betul budak iskandar ni.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!