Sebenarnya yang Bodoh itu Noh Omar..


Noh Omar mempamirkan muka bodohnya setelah dimarahi Pak Lah
kerana mengeluarkan kenyataan bodoh yang menyuruh Rakyat Asing
dan pelancong pulang suatu masa dulu.. berita di sini


Hari ini dalam kenyataannya yang disiarkan oleh The Malaysian Insider Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai “bodoh” sambil mencabar beliau agar menggunakan masjid-masjid di Kelantan untuk tujuan berpolitik.

Noh Omar juga telah berkata Nik Aziz dua kali ganda lebih bodoh sebab dia Menteri Besar.

Noh Omar juga telah menghina atau memperlekehkan rakyat Kelantan dengan berkata “Jangan nak bawa perangai atau stail orang Kelantan datang ke Selangor.

Tidak puas dengan menghina TG Nik Aziz dan Rakyat Kelantan, Noh Omar menghina sunnah Rasulullah SAW pula dengan berkata “Janganlah ingat Nik Aziz saja yang beragama hebat sebab janggutnya lebih panjang dari ulama Selangor.

Sebenarnya yang bodoh disini ialah Noh Omar kerana beliau adalah seorang Ahli UMNO kerana menurut Nazri Aziz iaitu sahabat Noh Omar itu sendiri, Ahli UMNO BODOH!

Tak percaya?? Ha.. korang bacalah kat sini..


*********************************************


Noh Omar minta Nik Aziz ‘jangan bawa perangai Kelantan’

KUALA LUMPUR, 3 Mei — Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai “bodoh” sambil mencabar beliau agar menggunakan masjid-masjid di Kelantan untuk tujuan berpolitik.

“Ada tak panduan yang diberikan oleh kerajaan negeri mengenainya. Kalau ada, tak payahlah ada undang-undang.

“Nak berkempen, nak baca khutbah, tak kisahlah sebab tiada halangan.

“Dia Menteri Besar, buatlah undang-undangnya sendiri dengan sesuka hati,” kata beliau selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Kelab Golf Perkhidmatan Awan hari ini.

Malahan, beliau mendakwa sesiapa yang mempertikaikan isu ini seperti Nik Aziz merupakan perbuatan tidak menghormati Sultan Selangor.

“Jangan nak bawa perangai atau stail orang Kelantan datang ke Selangor.

“Kita ada undang-undang sendiri, ada Sultan sendiri... jadi perbuatan PAS seperti tidak menghormati Sultan,” kata beliau sambil menambah, sebagai orang Melayu tidak menghormati Sultan Selangor.

Noh berkata tindakan Nik Aziz adalah tidak menghormati undang-undang negeri lain.

“Dia tolak politik sebagai ‘bodoh’, dia dua kali ganda lebih bodoh sebab dia Menteri Besar. Andai kata Sultan Kelantan mengeluarkan peraturan sedemikian, adakah dia (Nik Aziz) akan patuh atau tidak?

“Kalau tak suka, pergi ke negeri yang rasa masjid boleh jadi tempat politik, dipersilakan. Usah datang ke Selangor. Jangan nak hina undang-undang orang Selangor,” kata beliau.

Khamis lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin menjelaskan baginda melarang masjid digunakan sebagai pentas politik demi menjaga kesucian dan kehormanian tempat beribadat.

Nik Aziz dilaporkan berkata beliau menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, sekiranya Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan hendak datang nak berceramah dalam masjid, datanglah berceramah.

“Orang Islam di Selangor faham agama. Kalau Nik Aziz tidak datang ceramah di Selangor, pegangan Islam orang Selangor tak kurang hebat juga darinya.

“Kita juga ada ulama-ulama kita sendiri.

“Janganlah ingat Nik Aziz saja yang beragama hebat sebab janggutnya lebih panjang dari ulama Selangor.

“Kalau nak politik, politiklah, jangan nak menghina undang-undang orang,” katanya.


The Malaysian Insider

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. kata 1Malaysia...
    ada kelantan,ada selangor...
    undang2 kelantan,undang2 selangor?
    islam kelantan lain? islam selangor lain?...
    kata 1Malaysia?

    ReplyDelete
  2. org yg tak tau agama laa yg paling bodoh..bkn stakat bodoh tapi BANGANG

    ReplyDelete
  3. dah tau dia bodoh jgn la layan orang bodoh ni kenapa kita plak jadi bodoh biarlah orang bodoh memang bodoh... bangang..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post