Dah Kalah.. ayam berkokokpun tak boleh kah..kah..kah..
Kata dia.. Jangan sangka apabila seekor ayam berkokok, maka ertinya hari sudah siang tapi kat eskimo tu.. tak ada ayam berkokok pun.. hari siang jugak..
apa pun..
PEK MOH XIA TAI!! PEK MOH XIA TAI!! PEK MOH XIA TAI!!
Kata dia.. Jangan sangka apabila seekor ayam berkokok, maka ertinya hari sudah siang tapi kat eskimo tu.. tak ada ayam berkokok pun.. hari siang jugak..
apa pun..
PEK MOH XIA TAI!! PEK MOH XIA TAI!! PEK MOH XIA TAI!!
KUALA LUMPUR, 18 Mei — Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan kemenangan DAP merampas kerusi Parlimen Sibu kelmarin bukan isyarat kepada permulaan penguasaan parti pembangkang di Sarawak.
Abdul Taib yang merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, takrifan DAP dan pakatan pembangkang terhadap keputusan itu merupakan soal lain.
Sarawak akan mengadakan pilihan raya umum negeri dipercayai dalam waktu terdekat dengan mandat semasa akan berakhir Julai 2011.
“Jangan sangka apabila seekor ayam berkokok, maka ertinya hari sudah siang,” kata beliau mengulas mengenai keputusan pilihan raya itu.
Abdul Taib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu berjalan dengan baik dan proses pengundian juga adalah adil.
Dengan kemenangan kelmarin DAP mempunyai dua kerusi Parlimen di Sarawak.
Ketua Menteri paling lama itu berkata, BN negeri menerima keputusan itu kerana ia merupakan pilihan rakyat di kawasan berkenaan.
“Kita akan lakukan ‘post mortem’ bagi mengenal pasti punca kekalahan kerana terlalu awal untuk membuat kesimpulan,” kata beliau.
BN gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sibu apabila calonnya, Robert Lau Hui Yew tewas kepada calon DAP, Wong Ho Leng dengan majoriti 398 undi.
Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Ho Leng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek mendapat 18,845 undi dan Hui Yew memperoleh 18,447 undi manakala calon Bebas, Narawi Haron mendapat 232 undi dan 395 undi rosak.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat selama lima penggal, Datuk Robert Lau Hoi Chew yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lalu.
Pada pilihan raya umum 2008, Hoi Chew menang dengan majoriti 3,235 undi bagi mengekalkan kerusi itu yang majoriti pengundinya adalah kaum Cina dalam pertandingan tiga penjuru menewaskan Ho Leng dan Lim Chin Chuang daripada Parti Keadilan Rakyat.
The Malaysian Insider
Begitulah keadaan di Malaysia bila lagi rasuah seorang pemimpin itu maka lagi gah dan garang dan lagi bertambah tinggilah ego dia, kerana di Malaysia pemimpin rasuah tak kan kena tangkap. Kira betul lah cakap dia tu, betul tentang ayam, bukan tentang hari siang, kerana hanya Taib sahaja yang selama ini masih menggunakan ayam sebagai jam loceng dia, padahal kita semua dah tak main ayam untuk tau hari dah siang, kita gunakan azan subuh! Biarlah Taib tu terus dengan tidurnya sampai ke azan Zohor pun dia tak akan dengar suara ayam berkokok untuk bangkitkan dia dari tidurnya.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!