“Kemudian, pandangan Datuk Seri Mohd Najib dirasai paling tidak bermoral lagi apabila akhbar yang sama pada hari mengundi (25 April), menyiarkan semula di muka dua atas tajuk “Tindakan Nik Aziz pertikai titah Sultan Selangor: Pengingkaran yang serius – PM”,” kata Nik Aziz lagi.
Isu masjid: Nik Aziz mahu PM tarik balik tuduhan fitnah
Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 4 Mei — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik kenyataanya dibuat ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor, yang disifatkan sebagai “fitnah” kononnya telah menghina Sultan Selangor.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, reaksi Perdana Menteri yang disiarkan pada hari pengundian pilihan raya kecil adalah satu tindakan mala fide, yang bukan sahaja bertujuan melaga-lagakan beliau dengan Sultan Selangor malah menimbulkan satu fitnah besar.
“Oleh sebab itu, sekali lagi saya nyatakan bahawa tuduhan Datuk Seri Mohd Najib sehingga menyifatkan saya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor adalah tidak boleh diterima sama sekali.
“Ia adalah tindakan mala fide bukan sahaja untuk melaga-lagakan saya dengan Sultan Selangor, malah menimbul fitnah besar kepada umat Islam untuk menggambarkan kononnya ‘orang beragama’ dan pemimpin seperti saya suka mengingkari dan menghina Sultan,” kata beliau dalam kenyataan disiarkan di blognya.
Atas dasar itu, kata Nik Aziz, sesungguhnya beliau tidak bersikap seperti difitnahkan oleh Najib, yang juga Presiden Umno, maka tidak akan halal di dunia dan di akhirat.
“Kecuali beliau menarik balik secara terbuka memandangkan fitnah itu telah dibuat secara terbuka. Saya sedia menghalalkan apabila beliau menarik balik tuduhan itu secara terbuka.
“Saya yakin di atas kebenaran, maka kebenaran itu akan menjadi saksi di dunia dan di akhirat,” kata beliau.
Penggunaan masjid untuk menyampaikan ceramah politik menjadi isu dalam pilihan raya kecil kawasan parlimen Hulu Selangor pada 25 April lalu.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan masjid di Selangor tidak boleh digunakan oleh mana-mana pihak untuk berpolitik.
Nik Aziz sebelum ini turut mempertahankan tindakan menggunakan masjid untuk tujuan berpolitik.
Dalam ulasan terbaru ini, Nik Aziz berkata pandangan Najib selaku Presiden Umno menyifatkan beliau melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor semasa kempen pilihan raya kecil bulan lalu adalah satu pandangan bertujuan melaga-lagakannya dengan Istana Selangor.
“Pandangan Datuk Seri Mohd Najib itu telah disiarkan oleh Utusan Malaysia secara online (24 April 2010) atas tajuk “Nik Aziz hina Sultan Selangor – PM” yang kemudiannya disiarkan dalam Utusan Malaysia cetak edisi nasional di muka depan atas tajuk “Pembangkang ingkari Sultan” yang turut mencetak kononnya kenyataan saya selaku Mursyidul Am iaitu “Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mempertikaikan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid untuk kempen politik.
Beliau menyifatkan larangan itu sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah.
“Pada saya, kesemuanya adalah tidak benar dan berniat melaga-lagakan saya dengan Sultan kerana sesungguhnya saya tidak pun memberi respons dengan merujuk kepada titah Sultan Selangor. Ia adalah petikan yang direka-reka oleh akhbar berkenaan.

Oleh itu Nik Aziz menambah, ia satu pengulangan yang dibuat untuk menjatuhkan moral beliau dan satu bentuk fitnah media yang disengajakan bagi mempengaruhi umat Islam agar menolak kefahaman agama yang telah dijelaskan secara sopan semasa sidang media pada malam 23 April di Kuala Kubu Baru.
“Bagi saya, pandangan Datuk Seri Mohd Najib yang melabelkan saya sebagai ‘melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor’ adalah suatu pandangan yang tidak adil dan fitnah.
“Ia menggambarkan kenyataan bermotif politik dan penyelewengan fakta sebenar yang dipanjangkan oleh Utusan Malaysia kerana ia sengaja disiarkan sebagai tajuk besar di muka depan,” katanya lagi.
Kata Nik Aziz, sesungguhnya pandangan tersebut adalah satu tuduhan yang kononnya dikaitkan dengan perlanggaran titah Sultan Selangor mengenai larangan penggunaan masjid atau surau untuk tujuan politik.
Dalam hal tersebut, kata Nik Aziz, Perdana Menteri sebenarnya telah menceroboh sempadan moral beliau dan membelasah imejnya yang dilakukan sehari sebelum berlaku pengundian di Hulu Selangor.
“Pada saya, apabila saya hadir di mana-mana masjid atau surau di Kelantan, prinsip yang saya amalkan ialah saya tidak akan bercakap atau berkhutbah atau menjadi imam selagi tidak diminta oleh pihak masjid atau surau berkenaan.
“Maka, prinsip yang sama saya pegang apabila hadir di masjid atau surau di mana-mana negeri termasuk di Selangor,” katanya. Berita 24 April lalu memetik Najib yang menyifatkan Mursyidul Am PAS itu melakukan pengingkaran yang serius kerana mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak menggunakan masjid sebagai pentas politik. Perdana Menteri juga dipetik berkata, ia juga satu penghinaan kepada Sultan Selangor sekali gus mengguris hati rakyat Selangor khususnya di Parlimen Hulu Selangor.
The Malaysian Insider

Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!