Tian Chua mempersoalkan tindakan Kementerian Pertahanan membelanjakan 100 juta euro yang didakwa kos latihan kepada 500 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia.
100 Juta Euro untuk melatih 500 Crew Kapal Selam?
Tetapi menurut Wikipedia, dalam kontrak perjanjian atau kontrak pembelian Kapal Selam ini hanya 150 Anggota TLDM akan dilatih sepenuhnya di Perancis..
Yang mana satu betul ni? 500 Orang atau 150 Orang?
Komisyen 100 Juta Euro Diselindungi Sebagai Latihan Kapal Selam Scorpene?
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mempersoalkan tindakan Kementerian Pertahanan membelanjakan 100 juta euro yang didakwa kos latihan kepada 500 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia.
"Saya ingin tahu 500 anggota ini dilatih untuk apa? Adakah untuk menyelenggara atau mengendalikan kapal selam Scorpene sedangkan menurut spesifikasinya ianya hanya memerlukan 20 orang untuk mengendalikannya.
"Jumlah tersebut tidak munasabah dan kita juga ingin tahu di mana dan mengapa dan yang begitu besar perlu untuk tujuan latihan itu?," soal Tian Chua.
Kata Tian Chua lagi, pada pandangannya 100 juta euro itu sebenarnya kemungkinan besar adalah komisen yang telah dibayar kepada pihak terbabit termasuk bayaran kepada ahli politik di Perancis yang terlibat dalam proses jual beli kapal selam tersebut.
"Kes kapal selam ini sekarang di bawah siasatan pendakwaraya Perancis dan kita juga dimaklumkan oleh pihak Perancis tiga minggu yang lalu, satu tindakan tergempar merampas dokumen mengenai kapal selam Scorpene ini daripada pengilangnya, DCN di Paris," tegas beliau.
Tambah Tian Chua lagi, kertas siasatan tersebut telah dibuka dan dimulakan dan beliau berharap kerajaan Umno-Barisan Nasional telus untuk menjawab isu ini dan bagaimana wang itu diagihkan sebagai komisyen.-Suara Keadilan
Dari Wikipedia
Kapal selam Scorpene
Setelah sekian lama menunggu, akhirnya penubuhan angkatan kapal selam menjadi kenyataan dengan kontrak yang termeterai pada tahun 2002 Kerajaan Malaysia dan pembuat kapal Perancis, Armaris (dahulunya DCN) dan rakan kongsi Sepanyolnya, kumpulan Navantia (dahulunya IZAR)[12].
Termasuk dalam kontrak pembelian kapal selam ini ialah perolehan sebuah kapal selam bekas Tentera Laut Perancis (bahasa Perancis: Marine Nationale) kelas Agosta (FS Ouessant) berfungsi sebagai kapal latihan. Kontrak ini juga memastikan 150 anggota TLDM dilatih sepenuhnya di Perancis. Kemuncak dari ini sudah pasti penyerahan kapal- kapal ini, kini dikenali sebagai KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak dalam kelas Perdana Menteri, dijangka pada awal 2009 dan akhir 2009[13].
Ketika itu TLDM akan dapat mengimbangi operasi dalam ketiga- tiga dimensi perperangan laut dan dimensi keempat iaitu peperangan elektronik[14]. Kapal- kapal ini direka hasil pengalaman yang diperolehi dari kapal kelas Le Triomphant Perancis dilengkapi dengan peluru berpandu SM39 Exocet anti kapal. Bagaimanapun diberitakan kapal- kapal ini tidak akan dilengkapi dengan MESMA-AIP (Module d'Energie Sous-Marine Autonome-Air Independent Propulsion), sistem yang meningkatkan jangka waktu selaman kapal selam.

Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!