15 Senarai Nama yang diberikan Chua Soi Lek kepada Najib untuk dipilih..

Chua Soi Lek pada 2 Jun lalu memberitahu wartawan bahawa terdapat 15 ahli parlimen MCA untuk dipilih namun hari ini Timbalan ketua wanita MCA Tan Ah Eng mengatakan Chua Soi Lek hanya memberikan satu nama sahaja kepada Najib untuk dilantik mengisi jawatan timbalan menteri pertanian.

Jika kenyataan Chua Soi Lek itu benar dan kenyataan Tan Ah Eng juga benar, berikut adalah senarai nama 15 Ahli Parlimen MCA yang dikemukakan oleh Chua Soi Lek kepada Najib:

1 ~ Chua Tee Yong (anak Chua Soi Lek)
2 ~ Chua Tee Yong (anak Chua Soi Lek)
3 ~ Chua Tee Yong (anak Chua Soi Lek)
4 ~ Chua Tee Yong (anak Chua Soi Lek)
5 ~ Chua Tee Yong (anak Chua Soi Lek)
6 ~ Chua Tee Yong (anak Chua Soi Lek)
7 ~ Chua Tee Yong (anak Chua Soi Lek)
8 ~ Chua Tee Yong (anak Chua Soi Lek)
9 ~ Chua Tee Yong (anak Chua Soi Lek)
10~ Chua Tee Yong (anak Chua Soi Lek)
11~ Chua Tee Yong (anak Chua Soi Lek)
12~ Chua Tee Yong (anak Chua Soi Lek)
13~ Chua Tee Yong (anak Chua Soi Lek)
14~ Chua Tee Yong (anak Chua Soi Lek)
15~ Chua Tee Yong (anak Chua Soi Lek)

Mungkin begitulah senarai 15 nama Ahli MCA yang diberikan kepada Najib untuk dibuat pilihan.. kah.. kah.. kah..

Kalau Soi Lek senaraikan hingga 1000 sekalipun, kalau dalam senarai tu satu nama saja.. Najib pilih yang mana pun anak dia juga yang dapat.. Bijak.. Bijak..

*********************************************

Tan: Chua hanya kemuka nama anaknya

Rombakan kabinet baru-baru ini menimbulkan kontroversi apabila ahli parlimen Gelang Palang, Tan Ah Eng menemplak presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang dilaporkan berkata nama Tan tersenarai untuk jawatan timbalan menteri.

Menurut Tan, Chua hanya menyenaraikan satu nama kepada Perdana Menteri dan Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pilihan kecuali memilih anak Chua, Tee Yong bagi mengisi jawatan timbalan menteri pertanian.

"Saya semak dengan PM malam semalam, beliau berkata semua nama yang dibekalkan oleh Chua diterima,” kata Tan yang juga adalah timbalan ketua wanita MCA.

"Saya tuntut keadilan!” katanya pada sidang media di lobi parlimen kerana ingin menjelaskan bahawa namanya tidak dicadangkan bagi jawatan timbalan menteri seperti yang didakwa oleh presiden MCA.

Katanya juga, perdana menteri tidak pernah mempertikaikan kebolehannya sebagai seorang MP.

"Perdana Menteri memberitahu saya bahawa beliau menghormati keputusan presiden MCA dan menerima semua nama yang dibekalkan,” katanya sambil menambah bahawa nama langsung tidak dikemukakan kepada Najib.

Chua pada 2 Jun lalu memberitahu wartawan bahawa hanya terdapat 15 ahli parlimen MCA untuk dipilih dan nama Tee Yong dan MP Gelang Patah, Tah Ah Eng juga diserahkan kepada Najib untuk Perdana Menteri membuat pilihan.

Mengulas perkara yang sama, hari ini, Chua terus mempertahankan bahawa dua nama diserahkan kepada Perdana Menteri untuk pertimbangannya - iaitu nama anaknya Chua Tee Yong dan juga nama Tan.


Malaysiakini

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post