Bukan kerana Rosmah Penerbit NTV7 Berhenti?

Ketika menggulung ucapan penangguhan oleh Tian Chua (PKR-Batu) yang bertajuk “Kembalikan Kebebasan Media Serta-Merta” pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang telah berkata dakwaan Tian Chua bahawa Jabatan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor campur tangan dalam pengurusan stesen penyiaran NTV7 sehingga menyebabkan seorang penerbitnya meletak jawatan, adalah tidak benar dan tidak berasas.

Itu kata Joseph Salang..

Dibawah ini ialah kenyataan dibacakan oleh penerbit yang dimaksudkan iaitu Joshua Wong dalam satu sidang media yang telah dilakukan di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor untuk membuat pendedahan tersebut

Kenyataan perletakan jawatan

Saya telah meletakkan jawatan sebagai Penerbit rancangan forum Editor's Time, pada 20 April 2010 untuk menunjukkan ketidakpuasan saya sekeras-kerasnya terhadap syarikat media yang saya berkhidmat.

Saya tidak berpuas hati apabila pihak syarikat mengenakan sekatan yang tidak wajar terhadap pemilihan panelis dan topik perbincangan untuk rancangan Editor's Time, setelah menerima aduan daripada pihak Jabatan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri. Aduan itu diterima selepas rancangan yang dirakamkan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ini disiarkan. Sekatan dikenakan tanpa siasatan yang menyeluruh dan adil.

Sekatan-sekatan ini termasuklah:-

Pertama, Jangan bincang isu politik;

Kedua, Jangan mengundang pembangkang sebagai panelis, termasuk ahli parlimen DAP Tony Pua untuk membincangkan Model Ekonomi Baru; dan

Ketiga, Jangan bincangkan isu "PRK Hulu Selangor" seperti yang dijadualkan dalam rancangan pada 22 April.

Saya menganggap ketiga-tiga sekatan ini kurang wajar, malah bertentangan dengan autonomi editorial. Sekatan yang dikenakan terhadap rancangan ini merupakan self-censorship (menapis-diri), bercanggahan dengan prinsip profesional media. Keputusan ini merupakan hukuman terhadap rancangan ini, dan menjejaskan profesional pasukan penerbitan rancangan ini.

Sepenuhnya sila baca di SINI

Jadi apa yang tidak berasas? Tuduhan Tian Chua tidak berasas atau yang menuduh tuduhan atau dakwaan Tian Chua tidak berasas itu sendiri tidak berasas?


Berita berkaitan

Penerbit NTV7 berhenti bukan kerana tekanan JPM, Rosmah

June 21, 2010

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Dakwaan bahawa Jabatan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor campur tangan dalam pengurusan stesen penyiaran NTV7 sehingga menyebabkan seorang penerbitnya meletak jawatan, adalah tidak benar dan tidak berasas.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata perkara itu merupakan isu dalaman stesen itu membabitkan seorang penerbit yang enggan menerima nasihat pihak pengurusan mengenai dasar yang diamalkan NTV7.

“Ini kerana pihak NTV7 telah menerima aduan dari orang awam yang mendakwa program tersebut tidak seimbang, topik yang tidak sesuai dan jalan perbincangan yang menyentuh perkara sensitif,” katanya ketika menggulung ucapan penangguhan oleh Tian Chua (PKR-Batu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Tian Chua dalam ucapannya bertajuk “Kembalikan Kebebasan Media Serta-Merta” berkata penerbit sebuah rancangan di NTV7 Joshua Wong telah meletak jawatan sebagai protes campur tangan Perdana Menteri dan isteri dalam program bual bicara berbahasa Mandarin yang beliau terbitkan.

“Beliau (Wong) telah dilarang membincangkan isu politik dan menjemput panelis dari pembangkang untuk membincangkan isu politik berkenaan pilihan raya kecil di Hulu Selangor,” katanya.

Salang berkata sebagai stesen penyiar, pihak NTV7 perlu mengambil kira pandangan orang ramai, selain memastikan undang-undang dipatuhi bagi mengelakkan kontroversi yang boleh menyentuh perasaan pelbagai pihak.

“Oleh itu, pihak pengurusan NTV7 telah mengadakan perbincangan bersama penerbit rancangan tersebut yang telah mengambil pendirian untuk tidak mahu tertakluk kepada dasar yang telah ditetapkan sebagai seorang pekerja dan bertegas untuk meletak jawatan,” katanya.

Tian Chua dalam ucapannya juga mahu tahu pendirian kerajaan mengenai dokumentari Galeri Nasional Mandarin terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengenai projek Empangan Bakun yang ditarik balik kerana khuatir memberi kesan terhadap Pilihan Raya Kecil Sibu.

Salang berkata tiada campur tangan politik dalam menentukan penyiaran sesuatu program di RTM, yang berperanan sebagai media rasmi kerajaan dan bertanggungjawab menyebarkan maklumat kepada rakyat.

“Pembatalan penyiaran dokumentari yang membincangkan masalah penduduk di tapak pembinaan Empangan Bakun juga tiada kaitan dengan Pilihan Raya Kecil Sibu, keputusan menarik balik dokumentari itu dibuat secara profesional memandangan ia tidak mematuhi garis panduan siaran RTM, selain tidak memuatkan tujuan sebenar projek dan faedahnya kepada negara," katanya. – Bernama

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post