Gula : Perut Kita akan dipijak lagi..

Siaran Ulangan..

Disiarkan semula kerana masih ada yang mengatakan Robert Kwok masih memonopoli pengeluaran gula...

Sekarang atau mulai awal tahun ini Gula bukan lagi dimonopoli oleh Robert Kwok.. Seluruh kepentingan beliau didalam Gula Prai telah dijual kepada Felda Holding yang diterajui oleh beberapa kroni Najib.

Antara Kroni Najib yang ada dalam lembaga pengarah itu ialah Mohd Bakke Salleh (manusia yang membawa Tabung Haji kepintu kehancuran).

Dan yang aku dengar ialah Robert Kwok telah dipaksa melepaskan kepentingannya dalam Gula Prai.. dipaksa melalui gangguan-gangguan yang dilakukan oleh jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan.

Kalau kita perhatikan tahun-tahun kebelakangan kita jarang mendengar isu tentang kekurangan gula di pasaran cuma kalau tak silap aku tahun lepas hanya sekali kita kekurangan gula.

Dan menurut sahabat yang bertugas di Gula Prai, kekurangan terjadi kerana pengeluar mengurangkan pengeluaran kerana kerajaan gagal menjelaskan bayaran subsidi yang sepatutnya..

Bermula dari awal tahun 2010 kita telah menghadapi isu kekurangan gula sebanyak 2 kali, kali pertama berlaku 2 bulan selepas Felda holding mengambil alih Gula Prai dan berakhir dengan kenaikkan harga gula.

Kali kedua.. kini kita sedang menghadapinya.. kemungkinan akan dinaikkan lagi 20 sen.. mungkin!

Berikut adalah artikel yang disiarkan pada 02 Dec 2009 di SINI

Dalam masa tidak sampai 2 bulan KRONI mereka menguasai pengeluaran gula, kerajaan sudah menimbangkan untuk menarik subsidi gula..

Pada 31 October 2009 PBB Group yang dikuasai oleh Robert Kuok telah mengeluarkan kenyataan kepada Bursa Malaysia bahawa beliau akan melupuskan pegangannya dalam perusahaan gula yang berjumlah RM1.29Billion kepada Felda Holding.

Dari Wikipedia
On October 31 2009 PPB Group under the flagship of Robert Kuok issued a statement to the Bursa Malaysia that it decided to dispose of its sugar units along with land used to cultivate sugar cane for RM 1.29 billion to Felda.The sales resulted in a one-off gain for the company.The sugar unit and sugar cane plantation were the second largest business segment upon its grain and feed which were topping the sales.

Felda Holding dikuasai oleh Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor sebagai Pengerusi,Dato' Mohd Bakke Salleh sebagai Group Managing Director dan antara lembaga pengarahnya ialah Dato' Ahmad Tarmizi Alias,Datuk R. Sharifuddin Abidin,Dato' Abdul Hadi Dato' Haji Ibrahim, Datuk Dr Abdul Samad Haji Alias, Dato' Haji Zainal Hassan, Dato' Haji Ismail Haji Hashim,Tan Sri Datuk Dr Yusof Basiran, Dato' Dzulkifli Abd Wahab dan juga Ahmad Suhaimi Endut


Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor


Dato' Mohd Bakke Salleh

Dan hasilnya setelah kroni mereka menguasai..

Semalam Bernama melaporkan Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian memandang serius cadangan dari Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang sedang mengkaji cadangan pelbagai pihak supaya menarik balik subsidi gula dalam usaha mengurangkan kadar pengambilan bahan itu di kalangan rakyat Malaysia.

"Kami masih membuat penelitian sama ada mahu mengurangkan atau memansuhkan terus subsidi gula yang diberi kerajaan.

Beliau berkata setakat ini kerajaan memperuntukkan RM720 juta setahun bagi menanggung kos subsidi gula bagi mengekalkan harga gula bertapis pada paras RM1.45 sekilogram.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata harga gula dijangka mencecah RM2.45 sekilogram tahun depan jika kementerian mengambil keputusan untuk memansuhkan subsidi gula.

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kalau saudara pergi ke Kota Putra di sempadan Kedah-Thailand, anda akan terkejut melihat tanaman tebu telah di tukar ke kelapa sawit. Maka ini bererti Malaysia akan lebih bergantung kepada gula import. Ini sebabnya kroni2 berhajat nak naik harga gula kononnya tak baik untuk kesihatan. Sebenarnya kroni2 ini tamak kepada hasil lumayan kelapa sawit. Ada pekerja di MSM berkata pengurusan sangat teruk dan beliau menjangka kilang boleh rugi dalam jangkamasa setahun....kita tunggu dan lihatlah.

    ReplyDelete
  2. Menyampah aku tengok senarai orang atasan dlm Felda Holding tu...
    Kalo tak ada title Dato' tak sah...
    Macam ini ke namanya tolong rakyat ??
    Di negara2 maju mcm Jepun, France, German takde Dato' pun boleh berjaya apa...
    Title2 ni semualah yg menjadi jurang pemisah dan penghalang utama dikalangan orang2 Melayu 'kelas atasan' dan 'kelas bawahan'...
    Apa... kalo takde title tu takde kemampuan untuk menguruskan syarikat ker ?? BLAH LAH !!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post