Posted by faqir putih
Malam ini asalnya dijangka mencatat sejarah tertentu bagi Kelantan. PM akan sepentas dengan Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan, menyaksikan perasmian Kelantan Fiesta oleh Baginda Pemangku Raja Kelantan.
Malam ini, sejarah masih tercatat tetapi dengan cara yang sama sekali tidak dijangka.
Bukan sahaja Pemangku Raja tidak berangkat atas apa jua sebab, PM yang dalam rangka lawatan rasmi sehari ke Kelantan dan kemuncaknya akan merasmikan sendiri event Kerajaan Pusat yang dinamakan Kelantan Fiesta itu di Stadium Sultan Muhammad, pulang awal tanpa sempat menjejakkan kaki ke situ.
MB dan Kerajaan Negeri memutuskan tidak bersama, antara lain kerana pertukaran dari 'agenda bersama' kepada 'hanya agenda Pusat'. Poster One Malaysia menunjukkan PM akan merasmikan acara itu tergantung di sana sini.
Kemuncaknya malam ini, hujan ribut 'menyerang' semua persiapan di Stadium bersejarah itu. Hujan bermula sejak 8.30 malam. Sehingga jam sebelas setengah, ia masih turun renyai-renyai selepas turun dengan lebat sebelumnya.
Orang ramai, atas apa jua sebab, samada kerana hujan dan ribut mahu pun hal yang lain, tidak membanjiri stadium itu seperti lazim berlaku pada acara anjuran Tok Guru sebelum ini. Suku stadium pun tak ada. Lengang.
Tentulah memalukan untuk PM datang berucap dalam suasana hiba seperti itu. Ia bukan lagi kemuncak yang ditunggu tetapi kemuncak yang sangat mengharukan.
Tidaklah ganjil untuk PM memutuskan terus menaiki pesawat pulang ke pangkuan keluarga tercinta.
Datuk Mustapa terpaksa memikul akibat dari keputusan politik dangkal mengenepikan Kerajaan Negeri dan tetamu kehormat lainnya di saat akhir, sehingga akhirnya beliau terpaksa berdiri di hadapan padang yang kosong untuk acara perasmian mengantikan PM. Tugas yang berat. Tak semena-mena, bekalan elektrik pula terputus.
Ketentuan Ilahi nampaknya tidak menyebelahi penganjur, walau apa jua motif mereka.
Saya membuat catatan ini sebagai mengingati besarnya kuasa Ilahi dan eratnya Kelantan dijaga oleh Pengawal langit dan bumi.
Di padang yang mulia kerana telah menyaksikan ratusan ribu manusia telah sujud di atasnya dan tidak kurang pula titisan air mata yang tumpah ketika heningnya hubungan para hamba dengan Sang Pencipta di situ dalam siri-siri solat hajat yang telah berjalan berbelas kali, nyata menunjukkan keramatnya.
Termasuk solat hajat royalti minyak. Solat hajat untuk ummat Palestin. Solat hajat untuk memenangkan perjuangan rakyat.
Nampaknya, padang itu tidak mudah melupakan pihak yang menganiayai rakyat Kelantan tetapi mahu berpesta di atasnya.
Mengenepikan tuan rumah - tentulah bukan langkah bijak. Apa lagi, PM semata-mata bukanlah tarikan besar bagi orang Kelantan untuk memenuhi stadium sebesar itu. Usahkan stadium, dewan biasa pun belum tentu penuh.
Lantaran itulah, langkah awal penganjur ialah berpijak atas kerjasama dengan Kerajaan Negeri. Bermakna bekerjasama dengan populariti Tok Guru. Dari sana, penetrasi boleh bermula.
Entah apa gerangan dan perhitungan, di saat akhir mereka ingin bersendiri. Sesetengah berkata, 'UMNO tetap UMNO...'.
Ada peluang, mereka mencengkam. Taring UMNO mereka sentiasa tersedia.
Gambar-gambar dari Tukar Tiub
Artikel dari Weblog Husam Musa

Tok Pa terpaksa menggunakan Loud Hailer kerana
Sound System gagal berfungsi

Pihak penganjur patut diambil tindakan di atas kelemahan ini..sepatutnya majlis rasmi melibatkan menteri kabinet perlu dihormati...mana akhlak islam pemimpin Pas...mrk pun ego semacamjer...perasan lebih...konon nak jadi ejen syurgo...poorah...(sori....)
ReplyDeleteWoit!! Orang kat atas..
ReplyDeleteMana akhlak Najib sendiri?? Tak tahu nak menghormati Tuan Rumah?
Tak tahu nak menghormati TG Nik Aziz sebagai orang yang lebih tua dari dia..
Ejen Syurga jauh lebih baik dari Pengikut Yahudi..
woi...penyokog_bn_pputeh...
ReplyDeletemung jange buat malu oghe kelate...mung jange nok kecek psl hormat sini...
otak mung hok besar butir kace tu x leh mikir ko...x kiro lah mung ni sapo klu maghi rumah oghe, mung keno hormat ko tuan rumah...mung x skoloh ko dok,tolol......
oghe kelate supo mung la hok mengkhianati pok2 kelate...
kahkahkah...
ReplyDeletedulu kat nik aziz wali terompah...
kahkahkah...
gelakkan dia buat sembahyang hajat...
kahkahkah...
mana dia pecah perut, kata UBN...
kahkahkah...
Allah bayar cash!!!
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!