Kawan-kawan!! Hishamuddin dah Istihar Perang terhadap PR ni..

Waaa.. takutnya aku..

Selain dari mengistiharkan Perang terhadap PR, Hishamuddin juga berkata,Beliau mahu supaya mereka tidak bersikap seperti katak bawah tempurung yang hanya memperjuangkan ruang litup mereka sahaja, sebaliknya mengambil kira orang di luar parti.

Baru aku tahu... Ahli UMNO itu katak dibawah tempurung rupanya..patutlah tak ramai yang nak melompat terkurung dibawah tempurung rupanya.. kah.. kah.. kah..


Hishammuddin Isytihar Perang Terhadap Pembangkang

MUAR, 19 Jun - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengisytiharkan "perang habis-habisan" terhadap pembangkang yang didakwanya memperlekehkan UMNO yang menjadi tunjang kerajaan Barisan Nasional (BN).

Serentak dengan itu beliau mengajak seluruh ahli parti supaya mengetepikan kepentingan individu sebaliknya menumpukan perjuangan untuk merampas kembali kerusi yang terlepas kepada pembangkang pada pilihan raya umum 2008 lalu pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita kena buktikan UMNO sebagai sebuah parti yang kekal relevan memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan masyarakat," tegasnya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bakri di sebuah hotel di sini.

Beliau mahu supaya mereka tidak bersikap seperti katak bawah tempurung yang hanya memperjuangkan ruang litup mereka sahaja, sebaliknya mengambil kira orang di luar parti.

Menurutnya tiada gunanya mereka jadi jaguh dalam parti tetapi masyarakat luar menolak perjuangan parti.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan, kekalahan calon-calon BN dalam pilihan raya umum lalu bukan kerana UMNO lemah tetapi kerana masalah dalam parti sendiri.

"Pembangkang mengambil kesempatan daripada kelemahan itu hingga kita kehilangan empat buah negeri dalam pilihan raya umum lalu," katanya.


BERNAMA

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. KILANG KATAK..
    Wangggg...wangggg....wangggg..
    Ka..kahh...kahhh...
    he...hee...heeeee...

    ReplyDelete
  2. kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!!kah!kah!kah!kah!...
    sorry brader...
    gua pun baru tau...
    selama ni depa dok dalam tempurung...

    ReplyDelete
  3. pasal umno lemah bagi hulu selangor kat mic walaupun melayu 60% sedangkan mic baru 18% umno pengkianat melayu,umno tak boleh diharap asyik nak kayakan individu tertentu saja kroni adik beradik.betul melayu akan hilang dari bumi tanah melayu tidak lama lagi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post