Kementerian pelajaran belanja lebih rm16 bilion hingga mei

Oleh Fazy Sahir

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berjaya melaksanakan 8,870 projek sehingga 15 Jun tahun ini yang tertakluk dibawah perlaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan peruntukan sejumlah RM26,093 bilion.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata dibawah Pakej Ransangan Ekonomi itu sebanyak 15,324 projek termasuklah 808 tambahan projek diperuntukan kepada KPM untuk dilaksanakan.

Namun baki 5,312 projek masih dalam peringkat pelaksanaan untuk dijayakan kelak, manakala 942 projek yang lain akan disambung ke RMK-10.

Tambahnya bagi prestasi perbelanjaan KPM membelanjakan sebanyak RM16,668 bilion sehingga 31 Mei 2010.

"KPM sudah membelanjakan RM16,668 bilion iaitu 85.12 peratus daripada keseluruhan syiling yang ditetapkan dan dijangka akan membelanjakan keseluruhan peruntukan tersebut menjelang tahun ini," katanya ketika ucapan penggulungan berhubung perlaksanaan RM-9 di Dewan Rakyat disini, hari ini.

Beliau yang lebih setahun menjadi Menteri di KPM berpendapat sistem pendidikan negara perlu dinilai dan dirombak seiring dengan Plan Transformasi Negara demi mencapai modal insan yang bertaraf dunia.

Ia sejajar dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan RMK-10 yang mahu usaha pembangunan dititikberatkan dengan mengekalkan modal insan yang bertaraf dunia.

Sehubungan dengan itu, katanya, langkah wajar diambil kerajaan dengan mengkaji permulaan sesi persekolahan formal daripada 6 tahun kepada seawal 5 tahun.

Malah KPM masih diperingkat akhir kajian untuk melaksanakan inisiatif tersebut

"Kajian terperinci dilaksanakan KPM menunjukkan 95 peratus kanak-kanak dapat menguasai kemahiran 3M dan mempunyai kemahiran bersosialis dengan rakan sebaya seawal umur 5tahun melalui pendidikan prasekolah.

"Ini kerana melalui usaha yang dilaksanakan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memastikan murid-murid normal menguasai 3M di akhir tahun 3 pasti akan dapat mencapai matlamat itu.

"Maka kerajaan sedang mengatur strategi untuk melaksanakan dasar baru ini dengan teratur dan berkesan," katanya.


Free Malaysia Today

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post