Menurut Nazri Aziz perpindahan Bangunan Parlimen ke Putrajaya akan melibatkan RM800 Juta bagi pembinaan bangunan baru manakala RM150 Juta untuk menaik taraf bangunan Parlimen sedia ada.
hmm.. pandai depa nak perabih duit.. apa rasionalnya Bangunan Parlimen tu nak dipindahkan entahlah..
Mengada-ngada sungguh puak-puak UMNO/BN ni, bangunan lama sikit dah tak nak guna.
Parlimen pindah ke Putrajaya, kos RM800 juta
June 09, 2010KUALA LUMPUR, 9 Jun – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan membina bangunan baru Parlimen di Putrajaya manakala bangunan sedia ada akan dibaik pulih dan dikekalkan sebagai bangunan warisan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Katanya belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat berhubung perkara itu.
“Benda ini akan dibawa balik ke Jemaah Menteri untuk dibincangkan, kita akan timbang dari semua aspek dan fikir cara mana yang terbaik tetapi belum ada keputusan muktamad mengenainya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata pembinaan bangunan baru Parlimen dijangka menelan kos RM800 juta manakala RM150 juta pula diperlukan untuk menaik taraf bangunan Parlimen sedia ada.
“Sebenarnya Parlimen dah jadi bangunan warisan, kita tak boleh runtuhkan dan dalam masa yang sama kita kena pastikan bangunan ini juga diguna pakai, jadi kita akan fikir cara mana yang terbaik,” katanya.
Pada persidangan Dewan Rakyat sebelum itu dan dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka), Nazri berkata Jemaah Menteri baru-baru ini telah memutuskan agar bangunan Parlimen yang baru dibina di Putrajaya manakala bangunan yang lama akan dibaik pulih dan dikekalkan sebagai bangunan warisan.
“Bagaimanapun butiran lanjut mengenainya masih dalam peringkat kajian oleh Jabatan Kerja Raya,” katanya.
Beliau berkata terdapat juga cadangan untuk membina sebuah Kompleks Parlimen yang baru dalam kawasan sedia ada bagi memenuhi keperluan Parlimen Malaysia di masa akan datang dengan mengambil kira aspek keselesaan, keperluan, kemudahan dan pertambahan bilangan Ahli Parlimen.
“Kerja membaik pulih, menaik taraf dan mengubahsuai bangunan Parlimen sedia ada pula adalah bagi membaik pulih struktur bangunan dan mengganti sistem mekanikal yang telah uzur. Cadangan ini telah dibawa ke peringkat mesyuarat Jemaah Menteri untuk pertimbangan,” katanya.
Bernama
hmm.. pandai depa nak perabih duit.. apa rasionalnya Bangunan Parlimen tu nak dipindahkan entahlah..
Mengada-ngada sungguh puak-puak UMNO/BN ni, bangunan lama sikit dah tak nak guna.
Parlimen pindah ke Putrajaya, kos RM800 juta

Katanya belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat berhubung perkara itu.
“Benda ini akan dibawa balik ke Jemaah Menteri untuk dibincangkan, kita akan timbang dari semua aspek dan fikir cara mana yang terbaik tetapi belum ada keputusan muktamad mengenainya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata pembinaan bangunan baru Parlimen dijangka menelan kos RM800 juta manakala RM150 juta pula diperlukan untuk menaik taraf bangunan Parlimen sedia ada.
“Sebenarnya Parlimen dah jadi bangunan warisan, kita tak boleh runtuhkan dan dalam masa yang sama kita kena pastikan bangunan ini juga diguna pakai, jadi kita akan fikir cara mana yang terbaik,” katanya.
Pada persidangan Dewan Rakyat sebelum itu dan dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka), Nazri berkata Jemaah Menteri baru-baru ini telah memutuskan agar bangunan Parlimen yang baru dibina di Putrajaya manakala bangunan yang lama akan dibaik pulih dan dikekalkan sebagai bangunan warisan.
“Bagaimanapun butiran lanjut mengenainya masih dalam peringkat kajian oleh Jabatan Kerja Raya,” katanya.
Beliau berkata terdapat juga cadangan untuk membina sebuah Kompleks Parlimen yang baru dalam kawasan sedia ada bagi memenuhi keperluan Parlimen Malaysia di masa akan datang dengan mengambil kira aspek keselesaan, keperluan, kemudahan dan pertambahan bilangan Ahli Parlimen.
“Kerja membaik pulih, menaik taraf dan mengubahsuai bangunan Parlimen sedia ada pula adalah bagi membaik pulih struktur bangunan dan mengganti sistem mekanikal yang telah uzur. Cadangan ini telah dibawa ke peringkat mesyuarat Jemaah Menteri untuk pertimbangan,” katanya.
Bernama
depa nak jadikan spt lapangan terbang sg.besi....juallllll
ReplyDeleteAda pulak duit? Nak tarik balik subsidi tu apapasal? Kata kerajaan takde duit!!!
ReplyDeleteHasil duit judi kot? Harammmmmm!!!
Hasil GST? Harammmmm jugak sebab kerananye rakyat susah!
RM800 juta jer??nape la nk membazir buat bangunan parlimen baru..ape salahnye kekalkn bangunan lame..mule2 cakap kekalkan sbg khazanah negara,xlama lepas tu roboh pulak..alasan,bangunan dh tak digunakan lagi..nak buat pembangunan..perkara biase yg diamalkn oleh UMNO=APCO..
ReplyDeleteTolong la jgn membazir duit KAMI..RM800 juta tu elok disalurkan kepada rakyat..ramai rakyat perlukan bantuan..
mungkin kroni2 UMNO=APCO sudah bersedia untuk mendapatkn projek membina parlimen ni..adakah RM800 juta ni "mencukupi"? kite lihat sahaja projek PKFZ yg menelan belanja berganda-ganda dr budjet sebenar..adakah UMNO=APCO cuba mengaut keuntungan sebelum mereka tumbang pd PR13 kelak? kemudian akan menyalahkan PAKATAN RAKYAT kerana hutang negara meningkat..
kepada UMNO=APCO,jgn lah anda tamakkan harta sehingga mengabaikan keperluan rakyat..INGAT!!!rakyat sekarang bukan bodoh untuk menilai..kami bukan lembu yg boleh kamu tarik hidungnya..KAMI adalah KUASA yg boleh menggegarkan benteng kalian yg kian ampuh......
aku rasa kerajaan penjajah kita dulu british lagi bertimbang rasa dan rasional sebab parlimen mereka yang sedia ada berusia ratusan tahun tak pernah berpindah, kongress amerika pun tak berpindah.. bahlol betul pemimpin-pemimpin UMNO.. perabih duit rakyat
ReplyDeletebest tajuk posting lu bro...
ReplyDeleterm800 juta aje...
wakaka...
Salam teratailiar..
ReplyDeleteTerima kasih.. RM800 Juta aje.. pasal cara Nazri menyampaikan tu nampak macam sikit saja RM800 Juta tu..
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!