Status Kerusi Parlimen Batu yang kini disandang oleh Tian Chua hanya akan diketahui selepas pertemuan kesemua penguam dari kedua-dua pihak dengan Hakim yang menjatuhkan hukuman.
Dengan kemungkinan kerusi Parlimen Batu diistiharkan kosong berikutan penyandangnya Tian Chua di denda RM2000 kerana dikatakan bersalah mengigit telinga seorang anggota polis.
Ini kerana mengikut Artikel 48, perlembagaan persekutuan, seseorang ahli parlimen hilang kerusinya apabila dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang setahun atau didenda tidak kurang RM2,000.
Dalam kes - Fan Yew Teng lawan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (1975) - Fan seorang ahli politik DAP yang didenda RM2,000 atau penjara enam bulan, terpaksa mengosongkan kerusi parlimen Menglembu.
Biarpun statusnya hanya akan diketahui Isnini ini, UMNO Bahagian dikatakan telah menyeringai menunjukkan taringnya terhadap Gerakan.
Ketua Bahagian UMNO Batu Yahya Md Ghani berkata walaupun mereka menghormati fakta bahawa Batu adalah kerusi tradisional Gerakan tetapi akar umbi UMNO tidak menyenangi pergerakan jentera parti Gerakan yang ada di sana.
“Tiada apapun yang mereka lakukan, mereka tidak turun padang bertemu dengan pengundi mendengar masaalah mereka,, UMO yang mengambil berat masaalah 38% pengundi Melayu di situ” katanya..
Tambah Yahya lagi “ Gerakan dan MCA tidak melakukan apa-apapun untuk memenangi hati pengundi kaum Cina disitu”
Yahya sebenarnya menyuarakan ketidakpuas hatian dikalangan penyokong tegar UMNO yang melihat dua parti yang mewakili Kaum Cina didalam Barisan Nasional itu sebagai tidak berguna.
Bagi mereka, kedua-dua pihak tidak membantu usaha Barisan Nasional untuk mendapatkan kembali sokongan yang hilang selepas kalah dalam pilihanraya umum 2008.
Continue yours reading HERE

Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!