
Keyakinannya berdasarkan beberapa faktor antaranya ialah UMNO yang kononnya kini semakin kuat di Pulau Pinang, Sokongan masyarakat India yang telah kembali kepada BN dan juga ramai pengundi yang dulunya mengundi PR kini telah sedar akan permainan politik PR.
Keyakinannya itu telah ditempelak hebat oleh penyokong –penyokong Pakatan Rakyat hinggakan ada yang menyarankannya agar terus bermimpi..
Sebenarnya… Mimpi Azhar itu ada asasnya dan mungkin jadi kenyataan..
Pakatan Rakyat Pulau Pinang pada dasarnya mungkin dilihat kuat dan amat sukar untuk digugat oleh UMNO/BN oleh penyokong – penyokong yang tidak pernah terlibat dengan aktiviti Parti baik PKR mahupun PAS malah DAP.
Urusan Pentadbiran oleh Ketua Menteri Lim Guang Eng memang tidak dapat dinafikan jauh lebih baik dari pentadbiran oleh UMNO/BN dulu.
Tetapi bagi yang aktif dalam menggerakkan parti diperingkat Ranting /Cawangan ataupun Cabang /Bahagian hanya sikap HIPOKRIT yang akan menafikan segala kebenaran.
Dalam mentadbirkan secara jauh lebih baik dari UMNO/BN pemimpin-pemimpin PR juga dikatakan mula jauh dari pengundi dan penyokong mereka sendiri.
Ini sebenarnya telah disuarakan sendiri oleh pengundi-pengundi, malangnya suara ini telah ditapis dari sampai ketelinga pemimpin-pemimpin PR. Ditapis oleh mereka-mereka yang mempunyai kepentingan peribadi yang berada disekeliling pemimpin-pemimpin PR yang mahu menjaga hati pemimpin-pemimpin PR.
Pernahkah anda sekelian mendengar apa rungutan dari akar umbi yang menyokong PR semasa PRU12 dahulu?
Pernahkah anda sekelian duduk mendengar luahan perasaan kecewa mereka yang menyokong PR semasa PRU12 yang lalu?
Jika tidak .. bacalah, ini hanyalah sebahagian dari luahan kekecewaan mereka..
Suatu ketika dahulu, ketika perayaan Deepavali menjelang tiba.. secara tidak dirancangkan telah berlaku pertemuan antara aku dan beberapa orang kenalan yang berpengaruh terhadap masyarakat India di Kawasan mereka.
Dalam pertemuan itu mereka telah mengatakan mereka merasakan diri mereka langsung tidak dihargai oleh PR walaupun sebelum PRU12 mereka telah bertungkus lumus membantu kempen pilihanraya PR.
Bila ditanya apa sebabnya mereka berkata begitu? Jawabnya selepas wakil parti yang disokong mereka telah menang, mereka tidak pernah dijenguk sekalipun oleh wakil yang menang itu.
Mereka sedar mereka adalah golongan minority, tetapi tidak tahukah wakil mereka yang telah menang itu menunjukkan sedikit penghargaan? Tunjukkanlah penghargaan biarpun dengan sekeping poskad kata mereka.
Ini tidak, jangankan poskad, Banner yang mengucapkan ‘Happy Deepavali‘ buat merekapun tidak kelihatan kata mereka lagi..
Rungut mereka lagi banyak majlis yang dianjurkan mereka yang sepatutnya dihadiri dan dirasmikan oleh Wakil Rakyat berakhir dengan Wakil Rakyat tak kunjung tiba biarpun telah berjanji..
Ayat ini tidak mungkin akan aku lupakan.. kata seorang dari mereka “INGAT! KAMI MASYARAKAT INDIA TIDAK MEMERLUKAN BIAR SATU SEN PUN SEDEKAH DARI PEMIMPIN PR.. TETAPI KERANA SEDEKAH (UNDI) KAMI PEMIMPIN PR BERADA DIKERUSI YANG EMPUK DAN BILIK BERHAWA DINGIN ITU”
Itu sebahagian ketidak puashatian pengundi dari Kaum Minoriti.
Dan ketika perayaan Deepavali tiba telah kelihatan kelibat seorang pemimpin UMNO mengunjungi hampir kesemua rumah mereka yang menyambut Deepavali diperkampungan mereka itu. Dengan meninggalkan kenderaan mewahnya ditepi jalan dia berjalan kaki dari rumah ke rumah mereka-mereka yang menyambut Deepavali hari itu..
Dimana Wakil mereka ketika itu? Wakil dari Pakatan Rakyat yang disokong mereka , Adakah sibuk dengan urusan pentadbiran menjadi alasan?
Sibuk?? Sibuk atau tidak itu pilihan mereka yang menjadi Wakil Rakyat, tiada paksaan, jangan lupa dengan tiadanya sokongan dari golongan yang dikatakan minoriti ini mereka tidak akan sibuk..
Manakala ini pula rungutan dari ketua-ketua Ranting/Cawangan yang kebanyakkan dari mereka kini menjadi Pengerusi JKKK.
Ramai dari Pengerusi JKKK ini telah merungut tentang kelewatan tindakan yang diambil oleh MPSP ataupun MPPPdalam menangani aduan mereka. Ada antara mereka yang mendakwa semasa Barisan Nasional memerintah dulu tindakan yang diambil untuk menyelesaikan aduan yang dibuat jauh lebih cepat dari masa yang diambil apabila Pakatan Rakyat menguasai Pulau Pinang.
Antara yang sering menjadi aduan mereka ialah kutipan sampah yang tidak tentu masa kutipannya hingga menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.
Akibat dari sampah yang dikutip tidak mengikut jadual itu ada antara mereka Pengerusi JKKK itu telah ditanya dan ada juga antara mereka yang bertanya dengan nada kecewa “ KENAPA SEMASA BARISAN NASIONAL MEMERINTAH DULU TIDAK TIMBUL ISU BEGINI TETAPI APABILA PAKATAN RAKYAT BERKUASA MASAALAH SAMPAH INI PUN TAK DAPAT NAK DISELESAIKAN?”
Hmm.. apa jawapan anda?
Yang menarik tentang Isu Sampah ini.. bila aduan dikemukakan kepada Wakil Rakyat mereka dari Pakatan Rakyat jawapannya ialah “Kami AKAN mengambil tindakan yang sewajarnya”..
Tetapi apabila aduan disampaikan kepada Wakil UMNO/BN yang kalah dalam PRU12 yang lalu dia tidak memberikan jawapan AKAN mengambil tindakan tetapi TERUS mengambil tindakan menghubungi pihak yang sepatutnya dan masaalah diselesaikan dalam masa 24 Jam.
Selain itu ramai juga Pengerusi JKKK yang merungut mengatakan ketika PRU12 yang lalu mereka telah menubuhkan Ranting/Cawangan hingga kehari ini mereka boleh melantik AJK mereka secara rasmi kecuali mengekalkan AJK Semasa Kempen Pilihanraya yang lalu..
Kenapa? Kerana Wakil Rakyat mereka tidak pernah mengambil tahu status Ranting/Cawangan yang mereka tubuhkan itu, masih ada atau telah berkubur tiada dipedulikan oleh Wakil Rakyat mereka.
Mereka juga masih tidak dibekalkan dengan Perlembagaan Parti walaupun telah lebih dari dua tahun memohonnya, maka lahirlah suara begini “PARTI KOMUNIS PUN ADA PERLEMBAGAAN TAHU TAK?”
Dan apabila tiada AJK yang boleh dilantik secara rasmi, maka bertanya lah penyokong atau pengundi PR dikawasan itu “ Ranting/Cawangan kita dah berkuburkah?”
Cukuplah sedikit rungutan itu untuk dikongsi bersama..
Sebenarnya keyakinan Ketua Pembangkan dari UMNO itu berasas kerana beliau menyedari semua diatas telah dan sedang berlaku dibeberapa kawasan yang UMNO/BN telah kalah semasa PRU12 yang lalu..
Jika tiada perhatian diberikan oleh Pemimpin – pemimpin PR, UMNO /BN pasti akan menguasai Pulau Pinang selepas PRU13 nanti…..
Saya seorang china. Saya juga sokong kuat PR. Tapi saya tidak inginkan apa-apa habuan. Baiki longkang, jalan, sampah sarah atau sebagainya itu tidak mustahak. Yang penting dan mustahak ialah hak kebebasan, rasuah, negara bankrupt, pemimpin yg perompak - ini semua boleh menyebabkan negara Malaysia musnah. Kalau dikaji penyokong2 PR yang telah kecewa dgn pemimpin PR maka saya boleh kata bahawa Malaysia tidak ada harapan lagi. Malaysia akan jadi macam Greece nanti. Adakah habuan dari pemimpin PR baru boleh baru puas hati? Pemimpin PR tak rasuah, tak curi duit, jadi mana ada duit nak bagi-bagi. Contoh pemimpin PR yang lawat orang mati HANYA derma RM20 dan duit ini adalah dari poket ADUN sendiri. Kalau orang Barisan Najis bolehlah bagi RM100 kerana itu duit rompak dari rakyat. Hello, orang-orang India sedarkan diri...mungkin hang nak bagi Malaysia runtuh baru hang syiok...dan balik India? Bagi saya, ini negara tumpahnya darah dan saya macam manapun kena mati disini. Tolonglah pandang jauh sikit.
ReplyDeletePemimpin PR tidak bom orang sampai berkecai. Pemimpin PR tak makan duit komisyen 500 Juta. Pemimpin PR tak bawak lari duit ke Australia. Pemimpin PR tak samun duit royalti minyak. Pemimpin PR tak jual tanah keretapi melayu kat Singapore. Pemimpin PR tak buat stadium tak sampai setahun runtuh. Pemimpin PR tak buat masjid kristal dan taman tamadun sampai 200 juta. Pemimpin PR tak buat monsun cup membazir sampai ratusan juta. Pemimpin PR tak songlap duit PKFZ. Pemimpin PR tak der yg buat seks luar nikah dan kantoi masih lagi jadi pemimpin. Pemimpin PR tak buat yg yang UMNO buat. Sedar lah wei.... Setakat pemimpin PR tak melawat aku pun di kampung ni, aku rela dan redha. Selagi pemimpin PR bekerja kuat untuk mamposkan dan hancurkan UMNO. Jangan pentingkan diri, ingat pemimpin PR tido ke kat atas kerusi empuk tuh? Bukan siang malam berceramah, memberi penerangan, bukan di satu tempat saja, seluruh malaysia sampai sabah sarawak. Sabar lah skit. Nilah pengorbanan.
ReplyDeletei sokong kenyataan anonymous 4.48pm.
ReplyDeletepandang jauh sikit, tapi kerajaan pr juga kena cari cara yang "extra-ordinary" untuk tolong masyarakat india.
mereka ni betul2 tertindas...tapi cuma i nak tanya: banding dgn orang asli, mana yang lebih teruk ditindas selama ni...?
my indian friends, pls give this a thought too. they are malaysians too. perhaps, these orang asli is more "malaysian" than malays, chinese, indians etc...
but whatever it is, pls do not push any malaysians (indians and others) to the "loving arms" or umno baru. if not, ALL malaysian die. this is FOR SURE.
4RAKYAT
dr segi dlman tu mmng betul & lg menakutkan ialah pemindahan pengundi terutama dr umno-bn ke kaw2 mrk kalah sikit. bayangkan di DUN tg bungah & bkt bendera pd 90-an, lim kit siang bole kalah, mengapa? pemindahan pengundi jawapnya. Prai pun boleh kalah dlm pru 13 kalu undi cina x dpt dlm 67% & pemindahan pengundi dr luar ke sana mmng ketara. jangan kita jadi bodoh sombong, cakap je pandang jauh tp apa berlaku x tau. kalu kita msh ingat boleh menang tanpa buat kerja yg serius pilihanraya, mampuih pi la!! ckchew
ReplyDeleteIndians,,,, of the Tamil origin,,, have been pampered ,,,through MIC Leaders hand out mentallity. These Tamilians thought,,,, that the money was from MIC/BN leaders pockets,,,coz,,,,those low income Tamilians from the estates,,, have been enjoying subsidised house, water, electricity and transport,, till the main roads only.
ReplyDeleteWhat these Low Salary Earners,,, never knew was that the money,,, these MIC/BN Leaders got was from TAX PAYERS in the CITIES and TOWNS.
These LOW SALARY EARNERS never knew,, What Taxes are and never paid such taxes.
They need to be given advice on such subjects matters,,, to develope them into a knowledged society,, only then can the MIC/BN Hegemony,,, of buying votes, be broken.
UMNO/BN has spread the Philosophy of Money is God,,,and these has Entraped the Low Income Eaners.
BREAK UMNO/BN's MONEY FORMULA, WHICH IS THE,, DIVIDING FACTOR IN, MALAYSIAN SOCIETY.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!