Rosmah 'Wanita Pertama'.. Permaisuri Agong Nombor Berapa?

Kalau Najib mengatakan kedudukan Seri Paduka Permaisuri Agong adalah lebih tinggi dari 'wanita pertama', sudah pasti Seri Paduka Permaisuri Agong akan berada pada nombor kosong (0). Kerana kosong adalah nombor yang lebih dahulu dari nombor 1..

Alahai Najib.. pasai bini hang.. hang kena ubah segala yang dah tetap..


PM: Kedudukan 'wanita pertama' bawah Permaisuri

Jun 15, 10 1:07pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjelaskan bahawa ungkapan 'wanita pertama' yang digunakan bagi merujuk kepada isteri beliau, Datik Seri Rosmah Mansor tidak bererti bahawa kedudukannya lebih tinggi daripada Seri Paduka Pertmaisuri Agong.

Bagaimanapun, jawapan bertulisnya kepada soalan yang ditimbulkan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua, - Najib gagal menjelaskan sama ada gelaran berkenaan wajar digunakan oleh Rosmah.

Chua dalam soalannya bertanya sama ada Perdana Menteri menyedari bahawa dengan merujuk isteri beliau sebagai 'wanita pertama' tindakan itu telah menyalahi Artikel 32, Perlembagaan Persekutuan.

Najib dalam jawapan bertulisnya berkata: “Berdasarkan adat, budaya dan amalan protokol di Malaysia gelaran 'wanita pertama' tidaklah menjadi amalan.”

“Ram ai yang berpendapat dalam konteks negara Malaysia, 'wanita pertama' adalah merujuk kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Secara lateralnya pendapat tersebut adalah tidak tepat.

“Ini adalah kerana kedudukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong adalah lebih tinggi daripada 'wanita pertama',” kata Najib.

Isu 'wanita pertama' menarik perhatian apabila iklan berwarna dua halaman penuh memaparkan Rosmah disiarkan di New York Times pada April lalu.

Ia adalah iklan ucapan tahniah kepada 'Rosmah Mansor, Wanita pertama Malaysia' kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

Menurut Bernama, kos iklan berkenaan bernilai dalam lingkungan RM580,000 hingga RM740,000, dan dibiayai oleh keluarga dan sahabat Rosmah di Amereika Syarikat dan juga di Malaysia.

Apabila kali pertama disoal oleh portal berita Nutgraph, New York Times mengakui bayaran dibuat oleh kerajaan Malaysia tetapi kemudiannya menjelaskan ia satu kesilapan.

“Kerajaan Malaysia dan mana-mana agensinya tidak terlibat sama sekali dengan iklan tersebut, sama ada dari segi perancangan, penempahan mahupun pembayaran,” kata Najib.

Menurut jawapan bertulisnya itu lagi, beliau difahamkan bahawa iklan berkenaan ditempah oleh sebuah NGO Amerika bersempana dengan anugerah yang disampaikan kepada isteri beliau.

“Dengan itu, saya kira soal kos kepada kerajaan tidak timbul dan perkara ini tidak lagi menjadi persoalan,” kata Najib.


Malaysiakini

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. kos iklan smpi 580k-740k???aku x percaye la ade org sanggup biaya smpi bnyk 2..baiknye kwn rosmah,smpi boleh bg duit juta2..klu ade,sila listkn nama pembiaya tersebut,boleh la fakir2 dtg mntk derma..xpun duit tu datang dr Vincent Tan..sbg balas jasa,najib bg la lesen..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post