
“(Yang) tinggal (hanya) dia (Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu) seorang sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menonton teater “Mulan & Mushu” karya Robert D San Sousi yang diolah semula oleh Sheery Mariam dan diarah oleh Ow Yeong Soon Ling pada festival Akademi Seni Budaya Dan warisan Kebangsaan (Aswara) di sini malam tadi.
Dr Mahathir berkata sudah tiba masanya Samy Vellu melepaskan jawatan yang dipegangnya lebih tiga dekad itu bagi memberikan peluang kepada calon lain.
Beliau berkata Samy Vellu telah mencatat rekod bersejarah dengan memegang jawatan presiden sebuah parti politik di negara ini yang paling lama.
“Bila dia pegang jawatan terlalu lama, sudah tentu orang tidak mahu dia,” katanya.
Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita mengenai krisis MIC sekarang terutama mengenai langah terbaru Samy Vellu memecat setiausaha agung parti S. Murugessan kelmarin.
Bernama
Sapa kata Mahathir dah bersara? Waktu zaman Pak Lah memang Mahathir dah bersara tapi bila Najib jadi Perdana Menteri, Mahathir diberi jawatan Menteri Mentor, dia pun nak jugak jadi macam Kuan Yew. Sekarang ni mana si Nazri berani hentam Mahathir macam dia hentam waktu Pak Lah jadi PM? Kalau dah Nazri pun tak berani hentam padahal kita semua tau macamana biadapnya Nazri kepada Mahathir waktu bawah Pak Lah dulu, tentu sekali Najiblah yang dah kekang mulut Nazri dengan kekang mulut anjing. Nazri tu kan Pit Bull!
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!