
Ini kerana Umno membuka keahliannya kepada semua golongan masyarakat, kata Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno.
"Umno selalu memiliki ulama sebagai ahli, cuma mereka ini tidak memperagakan diri mereka sebagai ulama. Mereka sangat bertolak ansur.
"Malah kalau kita lihat sejarah, mereka yang menubuhkan Pas adalah bekas ulama Umno yang meninggalkan parti kerana tidak dipilih untuk bertanding," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian hadiah pertandingan Projek Pendidikan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas ura-ura seorang bekas mufti negeri dan 100 orang ulama berkelulusan tinggi akan menyertai Umno pada Jumaat ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata orang ramai tidak boleh berpegang kepada tanggapan kononnya teladan dan contoh yang ditunjukkan oleh pemimpin termasuk yang berkelas dunia adalah sentiasa benar.
Kesemua pemimpin ini, katanya, adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.
"Kita boleh jadikan mereka contoh, walaupun mereka melakukan kesilapan iaitu dengan cara belajar daripada kesilapan mereka itu dan tidak mengulanginya," katanya.
BERNAMA
"Umno selalu memiliki ulama sebagai ahli, cuma mereka ini tidak memperagakan diri mereka sebagai ulama. Mereka sangat bertolak ansur...kata mahadey
ReplyDeletehaaa...patut judi haram boleh jadi halal sebab tidak memperagakan diri dan sangat tolak ansur.
bagus betul ulama umno ni ya
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!