Tol Jambatan Pulau Pinang akan dinaikkan..

Akhirnya cita-cita UMNO/BN untuk menaikkan kadar tol jambatan Pulau Pinang akan tercapai jua..

Sebenarnya UMNO/BN yang memerintah Pulau Pinang sebelum PRU12 yang lalu dikatakan telah merancang untuk menaikkan kadar Tol jika mereka masih lagi berkuasa selepas PRU12 yang lalu, malangnya mereka telah kalah.. jadi cita-cita mereka terbantut seketika..

Tapi hari ini nampaknya cita-cita mereka akan tercapai jua bilamana Najib telah berkata Kadar tol untuk jambatan Pulau Pinang kedua adalah sama seperti di jambatan pertama sedia ada sehingga tamat tempoh perjanjian konsesi jambatan pertama itu.

Jadi apabila konsesi jambatan pertama itu tamat maka kadar tol jambatan pertama akan dinaikkan supaya sama dengan tol jambatan Pulau Pinang kedua.Kadar tol jambatan Pulau Pinang akan meningkat dari RM 7.00 sehala kepada RM 9.40 .

Berbahagialah pemilik konsesi Jambatan Pulau Pinang yang pertama itu.. biarpun panjang jambatan itu hampir 50% lebih pendek dari jambatan yang kedua namun harga tol yang perlu dibayar adalah sama..


Tol jambatan Pulau Pinang pertama, kedua sama

Kadar tol untuk jambatan Pulau Pinang kedua adalah sama seperti di jambatan pertama sedia ada sehingga tamat tempoh perjanjian konsesi jambatan pertama itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata disebabkan jumlah pelaburan sebanyak RM4.5 bilion dan tempoh konsesi selama 45 tahun, tol akan tetap dikenakan di jambatan Pulau Pinang kedua selepas konsesi jambatan pertama tamat.
Najib berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) yang bertanyakan kadar tol untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang di Dewan Rakyat hari ini.

Najib berkata setelah jambatan kedua itu siap untuk beroperasi pada 2013, kadar tol yang ditetapkan adalah berdasarkan kepada tujuh kelas.

Katanya, kelas pertama (motosikal) akan dikenakan bayaran tol sebanyak RM1.90, kelas kedua (kereta, teksi dan van dua gandar empat roda kecuali MPV) RM9.40, kelas ketiga (lori dua gandar empat roda termasuk pick up dan SUV) RM16.20, kelas keempat (lori dua gandar enam roda, van dua gandar enam roda, bas dua gandar enam roda) RM33.60, kelas kelima (lori tiga gandar) RM60.60, kelas keenam (lori empat gandar) RM80.80 dan kelas ketujuh (lori lima gandar) RM100.90.

Najib juga berkata kos pembinaan projek untuk jambatan Pulau Pinang kedua adalah tidak berubah dan kekal sebanyak RM4.5 bilion.

"Kos tersebut juga termasuk kos membina kawasan penuangan oleh kedua-dua kontraktor iaitu CHEC Construction (M) Sdn Bhd dan UEM Builders Berhad," tambahnya.

Liew ingin tahu tahap kerja yang telah disiapkan untuk jambatan Pulau Pinang kedua dan mengapa jumlah kos pembinaan telah dinaikkan ke RM4.5 bilion dan adakah jumlah itu termasuk kos membina kawasan penuangan.

Najib berkata sehingga 23 April lalu, tahap kerja yang telah disiapkan bagi kerja-kerja fizikal untuk jambatan Pulau Pinang kedua bagi pakej satu ialah 13.39 peratus siap, pakej dua (16.51 peratus) manakala bagi pakej ketiga, ia masih dalam proses tender dan telah mula dinilai pada 19 Mac lalu.

Jambatan kedua sepanjang 26 km itu akan menghubungi Batu Maung di bahagian pulau dengan Batu Kawan di tanah besar.

Konsesi selama 25 tahun untuk jambatan pertama pula akan berakhir pada 2018.


Bernama

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post