UMNO/BN Punca keruntuhan Ekonomi

Oleh Nazar Hashim

KULIM 7 Jun - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak menyalahgunakan Model Ekonomi Baru untuk kepentingan kroni dan suku-sakat yang akrab dengan pimpinan Umno-Barisan Nasional.

Menurut Anwar lagi tersasarnya segala perancangan dan percaturan yang telah dibuat adalah kerana ketidakcekapan urus tadbir dan kepimpinan yang diberi amanah untuk mentadbir negara.

"Dalam banyak situasi berlakunya kegiatan rasuah yang berleluasa sehingga terbukti keruntuhan stadium, pembelian kapal selam yang merugikan kerajaan, kehilangan Blok L dan M kepada Brunei dan begitu banyak lagi insiden korup yang menjadi amalan pentadbir negara sehingga akan menjadikan negara muflis sebagaimana yang dimaklumkan oleh Datuk Seri Idris Jala.

"Apakah dengan meneruskan pemberian subsidi yang diberikan kepada rakyat akan menyebabkan negara menjadi muflis. Bukankah urus tabdir yang tidak cekap dan berleluasanya kegiatan korupsi dan rasuah yang merugikan negara antara faktor yang membawa kepada keruntuhan kewangan sehingga menjadikan ekonomi negara berada diparas yang begitu teruk sekali," kata Anwar semasa berucap pada majlis Pidato Perdana Isu Semasa di Dewan Besar, Serdang, Bandar Baharu-Kulim semalam.

Anwar turut memuji kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana telah berjaya membawa pentadbiran yang lebih baik jika dibandingkan dengan kepimpinan lama Umno-BN.

"Peningkatan hasil balak dan pertambahan hasil negeri Kedah walaupun dalam tempoh yang begitu singkat pentadbiran membuktikan pemerintahan yang dilaksanakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat termasuk di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan telah berjaya memberi satu perubahan kepada kehidupan dan kesejahteraan rakyat," jelas Ketua Pembangkang lagi.

Sementara itu Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Kedah, Ahmad Kassim dalam berkata sekiranya Anwar digantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang dijadual bermesyuarat pada 8 Jun maka ini memberi peluang kepadanya untuk terus turun padang dan menjelajah seluruh negara.

"Sekiranya tindakan penggantungan diambil oleh mereka maka ini akan memberi banyak ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjelajah seluruh pelusuk negara bagi menyatakan kebenaran mengenai tindakan beliau mempertahankan dakwaannya mengenai penglibatan kerajaan dengan syarikat sekutu Israel sepertimana yang diwar-warkan sebelum ini.

"Saya yakin dengan penjelajahan ke setiap pelusuk daerah dan negeri itu maka rakyat akan mendapat penjelasan yang sebenar mengenai kebenaran dakwaan Ketua Pembangkang itu," kata Ahmad.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kedah berkata, kerjasama yang erat dalam Pakatan Rakyat telah membuat Umno-BN cemburu sehingga sanggup melakukan apa saja semata-mata bagi menyekat kemaraan Anwar yang mendapat sokongan majoriti rakyat negara ini.

Turut sama menjayakan majlis itu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, S Manikumar, ADUN Kulim, Lim Soo Nee, ADUN Sidam, Tan Show Kang, ADUN Bandar Baharu, Yaakob Hussin dan Yang Dipertua PAS Kulim-Bandar Baharu, Hassan Abdul Razak.


Suara Keadilan

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. bukan ekonomi jer runtuh yop...
    pegangan agama runtuh
    akhlak runtuh...
    moral runtuh...
    stadium runtuh...
    makmal runtuh...
    pangsapuri runtuh...
    tanah runtuh...
    bolasepak runtuh...
    REGA BARANG JER YANG NAIK.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post