Akhbar baru PKR 'ditabur' di KL (Video Inside)



Mengabaikan amaran daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), PKR awal pagi ini turun padang mengedarkan akhbar lidah rasmi terbaru mereka - Keadilan.

Oleh kerana permit penerbitan Suara Keadilan masih gagal memperbaharui permitnya, parti itu kini menerbitkan akhbar tidak berkala yang tidak memerlukan kebenaran daripada kementerian itu.

Lidah rasmi baru - yang kini diterbitkan sayap Pemuda PKR (AMK) diedarkan percuma kepada orang awam di stesen LRT Masjid Jamek oleh beberapa pemimpin mudanya.

Kesemua 400 salinan yang dibawa habis diedar "macam pisang panas" dalam masa 20 minit sahaja.

Ketika edaran itu dibuat, dua kereta peronda dan dua anggota pasukan keselamatan dilihat mengawal sekitar kawasan tersebut tetapi tidak menghalan pengedaran itu.

Keempat-empat pemimpin muda PKR itu setiausaha publisiti Lee Khai Loon, exconya Ramlan Roes, Ketua AMK Wilayah Persekutuan Zaman Md Tasi dan Ketua AMK Cabang Batu Rozan Azen.

Mereka antaranya melaungkankan slogan menggesa Suara Keadilan dan wartawan "dibebaskan" dalam aktiviti pagi ini.

Ketua pengarang Suara Keadilan Dzulkarnain Taib juga dilihat hadir dan mengambil gambar sekitar acara tersebut.



1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kata mat salih, there's so many ways to skin a cat, maka itulah otak rakyat yang menentang penindasan dengan api perjuangan memang sentiasa berfungsi, bukan macam otak kerajaan dan UMNO yang sentiasa terpaksa "dinyahbeku" dahulu sebelum dapat dicairkan semula. Kerajaan halang SUARA KEADILAN, rakyat terbitkan KEADILAN. Pasni kerajaan halang lagi, rakyat terbitkan SUARA RAKYAT pula. Pastu halang lagi, rakyat terbitkan RAKYAT. Pastu halang lah apa pun rakyat akan terbitkan apapun saja, baru padan muka kerajaan UMNO ni. Kerajaan boleh sita syarikat pencetak tapi kerajaan tak boleh halang suara rakyat dari berkumandang di udara Malaysia ni tau tak?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post