Ceh!! 1Malaysia tidak popular rupanya....

Punyalah hebat pentadbiran Najib mempromosikan '1Malaysia'nya.. hinggakan setiap hari pasti kita akan melihatnya dimana-mana bahkan ucapan salam pun di sebut dengan 'salam 1Malaysia' sampai naik meluat dah aku tengoknya.. rupa-rupanya tidak popular juga..

Ianya tidak popular dikalangan bukan Bumiputera dan mereka menganggap ia hanya satu usaha Barisan Nasional (BN) mahu memikat sokongan bukan Melayu..

Nampaknya masyarakat bukan Melayu lebih bijak menilai apa yang tersirat disebalik yang tersurat dari sesetengah kelompok masyarakat Melayu sendiri.. yang masih menyokong UMNO/BN..

Nampak gayanya lambat lagilah PRU13..


Merdeka Center: 1Malaysia tidak popular kalangan bukan Bumiputera

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Konsep 1Malaysia yang disandarkan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak popular di kalangan bukan Bumiputera sambil mereka menganggap ia hanya satu usaha Barisan Nasional (BN) mahu memikat sokongan bukan Melayu.

Penemuan terbaru firma kajian pendapat umum, Merdeka Center menunjukkan hanya 39 peratus masyarakat bukan Bumiputera menerima konsep 1Malaysia walaupun sudah lebih setahun diperkenalkan.

“Sementara 46 peratus mendapati ia (konsep 1Malaysia) hanya satu taktik untuk memenangi sokongan politik bukan Melayu manakala 16 peratus mengatakan mereka tidak mengetahuinya atau enggan menjawab soalan ini,” kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Konsep 1Malaysia diperkenalkan oleh Najib sebagai gagasan pentadbirannya 15 bulan yang lalu.

Najib mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam awal April 2009.

Kajian ini dikendalikan antara 21 Jan dan 26 April lalu untuk mendapatkan pandangan rakyat mengenai soal perpaduan nasional, integriti, penyertaan demokratik dan tindakan afirmatif.

Berhubung pandangan mengenai arah tuju perpaduan nasional, Ibrahim berkata, rakyat Malaysia melahirkan pandangan berbelah bahagi.

Seramai 48 peratus responden yang ditermui berpendapat bahawa negara menjadi semakin bersatu manakala 43 peratus berpandangan Malaysia berada dalam kedudukan sebaliknya.

Kajian itu juga menunjukkan pertelingkahan keterlaluan di kalangan ahli-ahli politik dan parti-parti politik merupakan antara sebab utama hubungan antara kaum semakin buruk.

Pandangan itu dipersetujui oleh kira-kira 13 peratus responden manakala sembilan peratus mengatakan ia berpunca daripada kurangnya persefahaman dan sikap hormat-menghormati kaum lain.


The Malaysian Insider

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post