UMNO/BN bayar RM1 juta untuk Pembohong?

Menurut Tun, kerajaan sekarang yang dikepalai oleh Najib telah membayar RM1 Juta kepada Blair untuk memberikan ucapan di negara ini semata-mata untuk "menceritakan pembohongannya".

Wah.. banyak tu.. RM1juta untuk menceritakan kisah bohong.. berapa agaknya Najib dan UMNO/BN boleh bayar untuk menjayakan sebuah kisah bohong yang berlangsung dimahkamah sekarang ya?

Kalau berbohong dalam masa kurang dari satu jam dibayar RM1 Juta.. berapa pula dibayar jika pembohongan itu mengambil masa bertahun-tahun?


Dr M: Kenapa bayar RM1 juta untuk pembohong?
Jimadie Shah Othman

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kehairannya terhadap akhbar negara ini yang didakwa menggelapkan isu penting, antaranya berhubung isu antarabangsa.

Katanya, ia termasuklah tindakan kerajaan Britain mengheret bekas perdana menterinya Tony Blair ke inkuiri kerana didakwa terlibat dalam sejarah perang di Iraq suatu masa dahulu.

"Ia bukan lagi perang antara tentera dengan tentera, tetapi bagaimana tentera membunuh orang awam...

"Tetapi tidak ada sepatah perkataan pun tentang perkara ini dalam media tempatan kita.

"Tidak ada laporan langsung tentang pembohongan Blair," kata Dr Mahathir.

Sebaliknya, dakwa Dr Mahathir, Blair malah dibayar sebanyak sebanyak RM1 juta untuk memberikan ucapan di negara ini semata-mata untuk "menceritakan pembohongannya".

Pada 24 April lalu, lebih 200 anggota pelbagai NGO serta rakyat Iraq di negara ini berhimpun membantah kedatangan Blair bagi berceramah di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, anjuran sebuah syarikat yang beribu pejabat di Singapura, Success Resources Company.

Blog salur pendirian asing terhadap Anwar

Memberikan ucap utama dalam seminar penulis blog dan media sosial Asian di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini, beliau turut bercerita tentang kebaikan blog bagi menyampaikan maklumat daripada luar, termasuk pertukaran pandangan asing terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dulu negara asing hendak lihat peribahan regim di negara ini, termasuk di masa saya menjadi perdana menteri. Sekarang pun sama.

"Mereka hendak tengok 'orang ini' menjadi pemimpin Malaysia. Tetapi sekarang mereka menulis yang buruk-buruk tentangnya. Mereka tukar fikiran.

"Daripada blog-blog mereka, hari ini kita dapat tahu (perkara itu)," katanya tanpa menyebut langsung nama bekas timbalan perdana menteri yang dipecatnya lebih 12 tahun lalu.

Pada 11 Julai lalu, sebuah akhbar harian memetik tulisan seorang penulis blog yang mendakwa ketua umum PKR itu adalah "alat" kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Dalam laporan itu, Elaine Meinel Supkis, yang digambarkannya sebagai "seorang penulis blog terkemuka", mendedahkan bahawa Anwar merupakan "alat" CIA .

Akhbar tersebut menterjemah tulisan Elaine dalam blog - Culture of Life News - seperti berikut: "Anwar bukan ejen tetapi alat yang dicipta oleh CIA. Senarai rakan-rakan membuktikan segala-galanya dan merupakan ejen CIA yang menyamar."


Malaysiakini

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Hidup lagi Mamak ni? Cakaplah apa pun,tak siapa nak dengar dan tak siapa yang kisah.For 22 years,we have enough of you!!!

    ReplyDelete
  2. p mampos lu madet!!!
    tua kutuk tak sedar diri!
    bila nak insaf?
    pada la doa arwah ust.fadhil

    ReplyDelete
  3. salam...

    sekadar rasa nak menjengok...

    rindu kat kengkawan...

    3 hari demam x kebah lagi...

    takut nak komen...

    nanti kena tulah madet...

    umur panjang x mati2 lagi...

    hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post