Antara Teo Nie Ching, Rosmah Mansor dan Puteri UMNO..



Teo Nie Ching ialah seorang Ahli Parlimen dari DAP, beliau telah dijemput memberikan sepatah dua kata kerana telah memberikan sumbangan kepada Surau Al-Huda, Kajang pada 22 Ogos yang lalu malangnya lawatannya itu telah mencetuskan kontroversi setelah disensasikan oleh Utusan Malaysia yang mentafsirkan ucapannya itu sebagai takzirah.- lihat di SINI

Disebabkan beliau bukanlah seorang yang berugama Islam jadi beliau tidak menutup rambutnya yang juga sebahagian dari aurat tetapi pakaiannya memang kelihatan sopan.

Kejadian ini telah dikritik hebat oleh para Mufti, Ahli Ugama dan Media yang dikuasai oleh UMNO/BN. Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau sedangkan suatu masa dulu JAKIM pernah mencadangkan agar MASJID DIJADIKAN SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN.- baca di SINI

Kemudiannya mereka mempertikaikan pula cara Nie Ching berpakaian yang tidak menutup kepalanya yang juga sebahagian dari aurat denga tidak memakai tudung...



Ini pula ialah gambar Isteri Najib iaitu Rosmah sedang memberikan takzirah (layak kah dia?) didalam sebuah Surau yang tidak tahu entah dimana.

Memberikan Takzirah dengan tidak menutup keseluruhan aurat (hampir sama dengan Nie Ching)di hadiri oleh para penyokong UMNO yang jelas kelihatan ada yang tidak menutup aurat didalam Surau tersebut.

Mereka adalah orang-orang Islam yang sepatutnya lebih memahami tuntutan Islam dalam menjaga adab dan tertib ketika berada didalam Masjid atau Surau. Dan sebagai wanita yang berugama Islam cara berpakaian mereka sepatutnya jauh lebih sopan dari Nie Ching yang bukan Islam itu..

Malangnya tiada sesiapapun dari para Mufti, Ahli Ugama dan Media yang berani mempertikaikan kelakuan mereka itu.. Mereka memejamkan mata mereka...

Adakah kerana perempuan itu Isteri kepada Najib dan pendengarnya pula ialah penyokong UMNO mereka tidak tertakluk kepada undang-undang Allah?


Ini juga gambar Rosmah Isteri Najib yang dibanggakan oleh
penyokong UMNO/BN.. juga memperlihatkan aurat didalam Masjid.


Ini gambar lama.. err.. bukan gambar Rosmah. Puteri UMNO sedang
membaca Al-Quran sambil mendedahkan aurat


Ini juga gambar puteri-puteri UMNO dalam satu majlis disebuah
surau atau masjid.. ada yang penampilannya sama dengan Nie Ching.


PUTERI UMNO TERKECUALI DARI HUKUM ISLAM KE???

15 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Thank you for the pictures and exposing UMNO's hypocrisy.

    ReplyDelete
  2. HATI-HATI DENGAN PERANGAI DAJJAL...August 29, 2010 at 6:07 PM

    Umno nak jadi JUARA ISLAM selepas JUARA RAKYAT tak laku!!!

    Tang mana Umno boleh dikatakan pejuang Islam???

    Tang yg HALALKAN JUDI tu ke???

    Ke Tang rambut ahli Parlimen DAP yg terdedah masa masuk surau??? Kenapa ahli Parlimen DAP ni ajer yg di kutuk pasal nmpk rambut masuk surau???
    Isteri2 pejuang Islam Umno kenapa mcm nmpk rambut juga masa masuk Masjid???
    Yg pakai seksi baju jarang menggiurkan masa baca al Quran di surau tu saper tu??? Ahli Parlimen DAP ke???

    err Harus sani mana??? Tak nak bagi komen ke...ke komen berpilih ajer...(kaalau Umno setakat cakap dukacita, kalau PR terus keluar hukum....)

    ReplyDelete
  3. Semua tokoh yang dihuraikan adalah umat islam kecuali TeoNC yang dikatakan berpakaian sopan ! Kalau sopan memamg sopan tidak ada "dikatankan" sopan. Ini bermaksud penulis blog bukan umat Islam ataupun tidak sedia pada ajaran Islam. Disamping itu, Tuanku Sultan Selangor telahpun titah Perbuatan TeoNC tidat harus berlaku tetapi pengikut-pengikut PKR masih degil dan tidak kedengaran titah Sultan kerana ingin rebut undi melalui insiden yang tidak bagus ini ! OMG! Adakah PAS masih memperjuangankan Islam untuk rakyat dan negara ?

    ReplyDelete
  4. anonymous (August 29, 2010 6:33 PM)"Semua tokoh yang dihuraikan adalah umat islam" - kenapa? kalo islam x pakai tudung dalam masjid/surau takpe ke? lagi satu, ko pegi e-fatwa pastu baca fatwa pasal bukan islam masuk masjid

    ReplyDelete
  5. Buat Anonymous 6:33 PM

    Adakah dengan mengkritik cara berpakaian pemimpin Islam yang tidak mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh Islam itu meletakkan aku diluar Islam?

    Antara perintah Allah dan Sultan aku lebih menurut perintah Allah..

    Islam atau tidak aku ini ditentukan oleh Allah.. bukan ditentukan oleh UMNO.

    ReplyDelete
  6. Salam..

    Disini saya ingin berkongsi video dari youtube yang disampaikan oleh Dr. Danial..

    http://www.youtube.com/watch?v=8cbz3hQg_08

    Harap ianya jelas..

    ReplyDelete
  7. di malaysia ni umno dan sultan shj yg betul. umno dan sultan sahaja yg masuk syurga...

    ReplyDelete
  8. Setahu aku yg dok KECOH tentukan masuk Syurga/Neraka ni bukan Sultan/Umno..ttp wali Nik Ajis korg tu laa..HIPOKRIT !!! Spin Lg Bleh Spin..

    ReplyDelete
  9. Buat Anonymous 10:39AM..

    Kalau hang juga Anonymous 6:33 PM memang bodoh hang ni.. pasal apa yang tulis masa 6:33PM tu hang sendiri tak faham..

    Manusia yang jelas HIPOKRIT sekarang ini ialah makhluk-makhluk Allah yang masih bodoh kerana merelakan dirinya diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO..

    ReplyDelete
  10. Pasal nak menegakan kapir tu betul, korek semua UMNO/BN punya salah...JOM......KITA SEMUA MELAYU SOKONG DAP....JADI HAMBA CINO...JOM, PRU nanti SOKONG DAP....SOKONG DAP....JOM...TINGGAL KAN PERJUANGAN MELAYU, UMNO/BN BUAT APA PUN UNTUK MELAYU, LEBIH BAIK SOKONG DAP, DAH TAHU MELAYU AKAN HANCUR..JOM SOKONG DAP

    ReplyDelete
  11. akal ade
    blaja dah pandai dah
    jgn nak b`gaduh merosakkan bangsa ngn agama..
    wat analysis sendiri..tgk mane yg lbh ikut arahan ALLAH...ikut kelas2 agama..jgn nak ckp tanpa knowledge..sori

    ReplyDelete
  12. org islam berbangsa melayuSeptember 1, 2010 at 10:02 AM

    maaf kami tak sokong melayu shj..nabi junjungan besar kita pun bukan org melayu..tp sokong islam jer..tak kisah la sape pun...yg UMNO duk dgn MCA tu guane kire?
    duk pesan kat org pegi kelas agama...kenapa?dah rasa diri sendiri tu tiap hari gi kelas agama /sekolah agama ke camane?bukan ape..takut2 org yg dipesan tu memang slalu gi kelas agama berbanding Anonymoussssss..dah ada ilmu...tahulah mana btul mana salah..kita yg jarang2 gi kelas agama duk minta org gi kelas agama...

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum semua, harus diingatkan kita semua janganlah kita sesama islam bergaduh kerana nak pertahankan parti yang mana kita anggotai tambah lagi mempertahankan pulak golongan yang kita tahu kafir, yang mana terang dinyatakan dalam Al quran bahawa mereka adalah musuh yang nyata. Selagi mereka tidak mengucap syahadah dan beriman mereka adalah musuh kepada Islam dan perkataan musuh ini perlulah kita halusi yang mana perlu berhati-hati dalam menerima sebarang tawaran atau ganjaran yang diberikan.

    dalam hal yang terjadi ini, seharusnya Ahli Jawatankuasa Surau berkenaan boleh mempelawa beliau untuk memberi ucapan di luar surau dan bukannya didalam masjid, sebab orang kafir tak bersuci dan tak tahu pun apa bersuci dalam Islam. Setengah dari Islam pun masih belum paham bersuci tambah yang kafir. Kenapa kita marah kalo anjing masuk ke dalam masjid, sebab kotoran najis yang ada padanya, jadi pada bukan islam pun perlulah memahami perkara tersebut. Baik BN atau PR janganlah sebab politik kita nak halalkan apa yang haram hingga sanggup kita bertengkar sesama Islam. Malulah kita pada Allah. politik tiada jaminan pun diakhirat nanti, yang kita akan bawa balik adalah amal,sedekah dan doa anak yang solih. Tak sebut lansung parti mana pun. Jadi renung-renungkan lah semua

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum semua,

    Janganlah sesama saudara islam kita mempersalahkan antara satu dan lain dalam mempertahankan seorang yang kita ketahui kafir yang nyata. Selagi beliau tidak mengaku islam dan beriman dengan ajaran Allah dan rasul, mereka adalah musuh yang nyata. Akal yang dianugerahkan oleh allah kepada kita umat islam menyarankan kita supaya membanyakkan mengkaji Al-quran dan kandungan yang terdapat dalamnya dan bukannya menegakkan yang haram.

    Ternyata dalam hal sedemikian, sepatutnya Ahli jawatankuasa Surau mengajak beliau untuk memberi ucapan dan sumbangan di luar surau dan bukannya dalam surau yang mana telah diketahui orang kafir ini tidak bersuci disebabkan tiada pengetahuan mereka tentang bersuci dalam islam ditambah larangan memasuki tempat ibadah umat islam. Cuba kita bayangkan sekiranya seekor anjing memasuki ruangan dalam masjid, terasa kekhuatiran najis yang dibawa oleh anjing tersebut akan mencemari rumah allah. Kita marah sekiranya mendengar org-org Yahudi memasuki masjid di palestine tapi kenapa perkara ini tidak dipertahankan di Malaysia sendiri.

    Baik mana-mana parti politik pun tiada jaminan untuk memberi sebarang pasport ke syurga. Apa yang tinggal adalah amal, sedekah dan doa anak yang soleh dihadapan Allah kelak.Oleh itu jangnlah kita menegakkan kebenaran dari sudut manapun tanpa berpandukan kepada ajaran Allah dan Rasul kelak kita akan tersesat. Sekian

    ReplyDelete
  15. Setuju dgn Sdr. Rahimm..Admin, Sy anon 10:39AM bukan anon 6:33PM..Jgn serkap jarang..Malas nk layan puak2 Spin & Spinner..Jgn marah, hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post