Berdoa untuk Lim Guan Eng Haram.. Berdoa untuk Kamalanathan Halal?

Menurut apa yang dilaporkan oleh Berita Harian Online di SINI, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan hukum orang Islam mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk orang bukan Islam adalah haram apatah lagi apabila ia dibaca di dalam khutbah Jumaat.

Katanya, perbuatan mendoakan supaya orang kafir memeluk Islam amat digalakkan agama Islam namun menggunakan pentas khutbah Jumaat untuk berdoa seperti itu dilarang agama.

“Mendoakan supaya orang kafir mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan adalah haram di sisi Islam. Berdoa mengharapkan orang kafir menerima dan memeluk Islam tidak salah tetapi tidak kena pada tempatnya jika dibaca dalam khutbah Jumaat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Moin Ismail, 70, antara ratusan jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Menora, Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 25 Jun lalu mendakwa khatib mendoakan kesejahteraan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta rakannya dalam kerajaan negeri dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.



Masih kita ingat dalam kerancakkan kempen pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor yang lalu, UMNO dengan bangganya menggantung kain rentang di seluruh Hulu Selangor bagi memaklumkan kepada rakyat bahawa mereka akan mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk calon BN iaitu P.Kamalanathan .

Di mana Harussani Zakaria ketika UMNO mengadakan Majlis bacaan yassin dan solat hajat untuk calon mereka P. Kamalanathan seorang Hindu ketika itu?

Kenapa tiada sebarang kata-kata yang keluar dari mulut Harussani Zakaria, kenapa beliau tidak berkata hukum orang Islam mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk orang bukan Islam adalah haram sebagaimana beliau berkata seperti sekarang dalam kes yang melibatkan Lim Guan Eng?

Bertukar menjadi Syaitan yang Bisu kah beliau ketika UMNO mengadakan Majlis bacaan yassin dan solat hajat untuk P. Kamalanathan?

Bukankah ini jelas menunjukkan Harussani Zakaria menghalalkan apa yang tidak boleh dalam Islam jika ianya dilakukan oleh UMNO sebaliknya jika dilakukan oleh Pakatan Rakyat maka beliau dengan segera mengharamkannya pula.

Contoh lain ialah Jom Heboh TV3, dulu ianya telah difatwakan oleh Harussani Zakaria sebagai haram beberapa tahun yang lalu tetapi bila ianya hendak diadakan di Perak ianya menjadi halal.

Adakah tindakan UMNO itu halal bagi Harussani Zakaria kerana ianya dilakukan oleh UMNO yang menjadi punca rezekinya?

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Bila muka dah terjeromos dalam tong taik (IMNO)....maka....busuk taik tu mashi ada....yang wangi9 pun habih busuk....yang betoipun dikatakan tak betoi.

    Itulah namanya mufti tong taik.

    ReplyDelete
  2. salam.. cube baca btol2 pe yang mufti cakap..
    mendoakan untuk bukan ISLAM mesti kena pada tempatnya..
    saye rase kalo di khutbah jumaat kurang sesuai..
    taat kepada pemimpin yang menjadi ketua agama Islam..

    soal jom heboh..
    mufti perak cakap konset jom heboh haram.. bilamana jom heboh yang dilakukan tidak bercampur perkara maksiat maka bolehlah..
    Tolonglah cuba faham betol2 ayat yang disampaikan..
    Jangan terlalu fanatik dan taksub kepada fahaman songsang..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post