BN Kedah hutang RM390,000 saman ekor kereta Exco

Tahniah dan terimakasih diucapkan kepada Menteri dalam Negeri yang menunjukkan sifat prihatinnya dalam isu saman ekor ini..

Biarpun saman ekor ini mampu menjana pendapatan segera yang agak besar buat negara.

Semalam dari beberapa orang rakan yang aku tanya samada mereka mempunyai saman ekor atau tidak hasilnya lebihkurang separuh dari mereka telah dikenakan saman ekor,Ada yang mempunyai 4 saman malah ada yang mempunyai sehingga 12 saman.

Ada yang sedang pening memikirkan bagaimana untuk menjelaskannya untuk membolehkan road tax diperbaharui, mereka perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 3 saman bersamaan dengan RM900.

Bayangkan berapakah yang boleh dipungut oleh Kerajaan Malaysia jika setiap saman dikenakan denda RM300, jika terdapat satu juta saman yang telah dikeluarkan kerajaan dengan mudah memungut RM300 Juta.. satu jumlah yang besar..

Setelah kerajaan menyusahkan rakyat dengan pelarasan harga yang menyebabkan rakyat terpaksa mengeluarkan wang yang lebih bagi memperolehi minyak, gas masak dan gula, kerajaan masih mahu menyusahkan rakyat dengan isu saman ekor ini pula..

Jika hendak dilaksanakan kenapa kerajaan tidak melaksanakan dengan segera ketika saman ekor ini mula diperkenalkan?

Apa yang jelas tergambar disini ialah Kerajaan Barisan Nasional benar-benar telah kekurangan atau kekeringan wang..

Dan diharap cadangan mengkaji semula itu membuahkan hasil yang positif bukannya kajian yang akan memakan masa puluhan tahun dalam masa yang sama rakyat terus terbeban bukan sekadar ucapan untuk menghilangkan keresahan rakyat..

Sebenarnya bukan rakyat saja yang terbeban malah kerajaan negeri juga.. tapi mungkin juga kerana berita dibawah Hishamuddin mengarahkan agar perlaksanaan saman ekor ini dikaji semula..

Semalam Berita Harian melaporkan.

Saman ekor dikaji semula
mohdiskandar@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan tindakan mengenakan saman ‘ekor’ oleh polis trafik dikaji semula berikutan banyak rungutan yang diterima daripada orang ramai mengenai kaedah pelaksanaannya.

Selain itu, KDN akan mencadangkan supaya kadar kompaun maksimum iaitu RM300 yang dikenakan bagi kesalahan saman ‘ekor’ ketika ini turut dikaji kerana dikatakan membebankan rakyat . Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau sudah mengarahkan Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam mengadakan perjumpaan dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam tempoh terdekat bagi membincangkan dan mencari jalan penyelesaian bagi kedua-dua isu berkenaan. “Dalam konteks saman ekor, ramai pemilik kenderaan atau pemandu mendakwa mereka tidak bersalah atau teraniaya. Lagipun, mereka tidak menandatangani saman itu.


Hari ini Sinar Harian melaporkan.

BN hutang RM390,000 saman ekor kereta Exco

ALOR SETAR - Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah kesal kerana terpaksa menjelaskan tunggakan saman ekor RM390,000 yang ditinggalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selagi tunggakan itu tidak dijelaskan, Kerajaan Negeri tidak boleh mendaftarkan lima kereta rasmi kerajaan yang baru.

"Kita terpaksa gantikan kereta Proton Perdana V6 yang selama ini digunakan Exco Kerajaan Negeri kerana sering rosak. Kita beli lima kereta Toyota Camry tetapi kereta yang baru dibeli ini tidak boleh didaftarkan kerana ada masalah tunggakan saman ekor RM390,000 oleh kerajaan yang terdahulu. Ini satu pembaziran yang nyata," katanya.

Azizan berkata, lima kereta Toyota Camry itu dibeli untuk kegunaan Exco atas keperluan pentadbiran.

"Ini tidak membazirkan wang rakyat. Kereta Perdana V6 yang kita ambil alih daripada kerajaan terdahulu kini tidak lagi begitu elok, selalu rosak. Kos baiki akibat kerosakan yang kerap boleh jadi banyak kerana kereta semakin lama semakin teruk dan kosnya akan meningkat, manakala nilainya juga akan semakin jatuh.

"Kerana itu kita perlu tukar dan kereta ini sudah dibeli bulan lepas," katanya.

Azizan berkata, penggantian kereta rasmi ini akan dilakukan secara berperingkat, dan akan diserahkan kepada Exco berkenaan mengikut keutamaan keperluan.

“Saya bersyukur kerana setelah Pegawai Kewangan Negeri berunding dengan pihak berkenaan, segalanya dapat diselesaikan segera. Kereta - kereta itu kini dalam proses untuk didaftarkan dan kemungkinan dapat digunakan dalam bulan ini juga,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri agak terkilan kerana wang yang diperuntukkan mencecah ratusan ribu ringgit, walhal peruntukan itu dapat disalurkan untuk kebajikan rakyat dan pembangunan negeri, bagaimana pun pihaknya terpaksa akur dengan situasi kerana tidak mahu menanggung beban hutang.

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Satu cara yang dapat dilakukan untuk mengelakkan saman ekor ialah sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan. Jika semua pemandu bersikap mematuhi had laju, saya berani gerenti pihak polis trafik pun tak dak mood nak buat speed trap.

    Tapi satu je lah, di Lebuh Raya senang nak tahu had kelajuan, tapi di jalan persekutuan dan bandaran susah, papan tanda had laju kurang nampak jadi selalu terkena speed trap. Naya...naya... terutama pemandu luar kawasan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post