Dua pegawai kanan PAMPENA hadapi tuduhan pecah amanah

Oleh Neville Spykerman

KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Dua pegawai kanan Pempena Sdn Bhd, anak syarikat Tourism Malaysia yang dilanda kontroversi kewangan melibatkan kira-kira RM50 juta ketika kepimpinan bekas menteri pelancongan Datuk Seri Azalina Othman, dikenakan tuduhan pecah amanah jenayah.

Mereka yang dikenakan tuduhan pagi ini di mahkamah Jalan Duta ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pempena Mohd Rosli Mohd Selamat dan Lim Khing Tai.

Kontroversi melibatkan kira-kira RM50 juta itu terdedah ketika kementerian tersebut diterajui Azalina (gambar) pada 2007.

Seorang lagi pegawai kanan Tourism Malaysia juga dijangka berhadapan dengan tuduhan dan dia hadir di mahkamah.

Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan tuduhan ke atas pegawai itu ditangguhkan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfokus terhadap Pempena dan syaikat gabungannya iaitu Malaysian Travel Business Sdn Bhd dan SD Corp Communications Sdn Bhd, yang mempunyai tenaga kerja berlebihan daripada yang dibenarkan.

Pempena dikatakan mengambil 20 pekerja meskipun peraturan kerajaan hanya membolehkan menteri menggaji lapan pekerja.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata Pempena walaupun dilanda kontroversi akan meneruskan urusannya dan operasi seterusnya akan bergantung pada hasil siasatan SPRM.

Ng berkata tidak ada sebab bagi Pempena menutup urusannya kerana ia sedang mengutip balik hutang dari beberapa syarikat.

Pempena Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 1976, telah mengemukakan sembilan aduan kepada SPRM dan polis pada 2008 dan tahun lalu mengenai penyelewengan pelaburan dan usaha sama yang telah dibuat dengan beberapa syarikat; setelah hal ini didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008.

SPRM yang menyerbu Kementerian Pelancongan akhir tahun 2008 berkata pemeriksaan pihaknya dijalankan bagi mengesan sebarang bukti berkaitan pengagihan kontrak dan projek kepada perwakilan Umno.

Umno mengadakan pemilihan pada 2008 tetapi ia ditangguhkan ke Mac 2009.

“Pemeriksaan juga dilakukan untuk memastikan sama ada kontrak dan projek itu diberikan kepada individu terbabit dengan syarat mereka ‘menaja’ untuk jentera parti menjelang pemilihan akhir bulan ini,” kata kenyataan SPRM ketika itu.

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post