Etika pemilihan PKR macam UMNO!

Aku setuju sangat dengan ayat Dato Zaid yang ini "jika pemimpin tertentu tidak boleh dikritik, bagaimanakah caranya untuk parti diperbaiki dan terus ditingkatkan kepada tahap yang lebih baik?"

Aku tambah sikit.. jika pimpinan PKR tidak boleh menerima kritikan.. serupalah korang dengan pemimpin UMNO yang ada sekarang, yang hanya mahu mendengar berita yang indah-indah saja..


PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim mendakwa PKR mirip kepada Umno apabila mengeluarkan kod etika melarang calon mengkritik pemimpin lain penganjuran rumah terbuka juga akan diteliti.

"Agaknya, adalah diandaikan bahawa penganjuran ‘open house’ yang terlalu mewah boleh mempengaruhi pemilihan pemimpin parti nanti. Alangkah malunya kalaulah ahli-ahli PKR, sebuah parti yang berteraskan perjuangan, boleh di pengaruhi oleh makan dan minum!

Kod etika boleh digunakan, tapi biarlah munasabah dan dilaksanakan tanpa pilih kasih. Politik wang itu rasuah, dan rasuah sudah pun satu kesalahan dibawah undang-undang negara. Apa rasionalnya menjadikannya kesalahan kod etika," katanya dalam blognya.

PKR akan mengadakan pemilihan pemimpin peringkat tinggi pada bulan Oktober depan.

Zaid tokoh popular dalam PKR berkata, jika seorang pemimpin membuat tuduhan melulu yang tidak berasas, tindakan mahkamah boleh diambil.

Katanya, jika pemimpin tertentu tidak boleh dikritik, bagaimanakah caranya untuk parti diperbaiki dan terus ditingkatkan kepada tahap yang lebih baik?

"Bagaimana parti boleh diperbaiki dan dipertingkatkan lagi tahap mutunya jika pemimpin tertentu tidak boleh dikritik?

"Kalau pengalaman parti lain boleh dijadikan bukti, masalah kod etika parti lazimnya berada di dalam tafsiran dan aplikasinya yang ditentukan oleh mereka yang rapat dengan pucuk pimpinan dan belum tentu telus dan adil kapada semua," katanya.

Zaid berharap parti Keadilan tidak akan seperti Umno dengan menggunakan kod etika dan sebagainya untuk menghindar tanjakan seseorang pemimpin.

Katanya, biarlah parti praktikkan cara demokratik dan menghormati kehendak ahli.

"Biarlah ahli-ahli memilih dengan bebas tanpa kawalan terlalu ketat, dan tidak perlulah kita sediakan ‘lineup’ atau orang-orang tertentu yang diminati untuk diberi keutamaan.

"Kita perlulah percaya bahawa ahli-ahli yang berada di peringkat awal keahlian juga boleh memberi sumbangan dalam membincangkan apa yang diperlukan oleh partii," katanya.

Menurut Zaid, beliau tidak akan menjadi calon untuk apa-apa jawatan di pemilihan parti Keadilan.

"Jadi saya bolehlah menyediakan rumah terbuka yang besar ataupun kecil, ikut sesuka hati saya. Saya boleh mengkritik pemimpin parti yang lemah dan berkempen menolong calon-calon yang boleh menyumbang kepada parti.

"Saya sebagai orang tua ingin melihat orang-orang muda yang berkebolehan dan jujur memainkan peranan besar dalam parti. Saya akan berkempen bagi pihak mereka. Saya harap tak ada kod etika untuk peranan sebagai ‘campaign manager’ ini," katanya.


Free Malaysia Today

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Setuju dengan pandangan agar pemimpin-pemimpin dalam PKR seharusnya terbuka menerima teguran dan kritikan. Jika PKR tidak mengamalkan sikap terbuka menerima kritikan maka ianya sama seperti UMNO. Kaedah perlantikan pemimpin parti dan jawatankuasa perlu dilakukan terus kepada ahli tanpa secara perwakilan iaitu dengan mengadakan roadshow dan pengundian diseluruh negara. Kaedah yang sama dilakukan seperti di Amerika Syarikat iaitu perlantikan wakil parti samada demokrat atau republican untuk pencalonan presiden dilakukan secara roadshow disetiap negeri di amerika.

    Diharapkan PKR dapat melakukan dengan lebih baik dan dapat menyuburkan demokrasi. Secara tidak langsung ia akan menjadi contoh kepada parti-parti rakan dalam pakatan dan parti lawan seperti UMNO dalam barisan!

    Achmad Abdollah

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post