Felda akan disaman lagi...



Selepas disaman lebih 700 peneroka pada Isnin lepas, Felda bakal berdepan lebih banyak lagi tindakan undang-undang daripada peneroka di seluruh negara, kata Pengerusi Biro Felda PKR Suhaimi Said.

Katanya, jumlah peneroka yang akan tampil kali ini dijangka mencecah angka ribuan, terutamanya daripada rancangan Felda daripada Johor dan Pahang.

"Mereka (peneroka) sudah lama sedar (berlaku penipuan). Tetapi mereka tak ada punca hendak bawa kes. Ada yang sudah buat laporan polis sejak 10 tahun lepas lagi," kata Suhaimi.

"Tetapi waktu itu mereka tak tahu siapa boleh bantu. Lepas ini, banyak lagi akan tampil menyaman Felda. Di Pahang saja kita jangkakan sekurang-kurangnya 4,000 peneroka akan terlibat.

Isnin lalu, seramai 766 peneroka Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias, Negeri Sembilan mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM200 juta terhadap badan itu.

Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun.

Menurut peguam Sivarasa Rasiah, pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman - yang menyelaraskan saman itu bersama biro Felda PKR - berkata saman tersebut dijangka difailkan bulan depan, selepas sambutan hari raya Aidilfitri.

Menurut Mazlan, setakat ini, peneroka daripada Kota Tinggi di Johor dan tiga lagi gugusan di Pahang - Jengka, Bera dan Kratong - akan terlibat.

"Sekarang ini kita juga kumpulkan dokumen tambahan, untut tuntutan tambahan, antaranya melibatkan biji kernel (sawit) dan yang berkaitan dengan operasi kilang sawit," katanya yang akan menjadikan kerugian perahan sebagai tuntutan utama.

Jika menjadi kenyataan, saman tuntutan saman peneroka Felda itu akan menjadi antara jumlah tuntutan saman terbesar di Malaysia dengan nilai sekurang-kurang setengah bilion ringgit.

"Mereka terimalah padahnya hasil daripada kesedaran peneroka," katanya kepada Malaysiakini.

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Perompak bin Penyamun dah kencing seluar....kakaka...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post