BATU PAHAT 1 OGOS - Aktiviti politik Pakatan Rakyat untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat Johor bertukar menjadi ganas semalam apabila lebih 50 anggota unit simpanan persekutuan (FRU) serta anggota polis menyerbu pentas Ceramah Pakatan Rakyat di sini sejurus sebelum Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berucap.
Tindakan yang didalangi Umno-BN itu dilihat sebagai langkah terdesak menghalang sokongan rakyat Johor kepada pakatan Rakyat yang semakin meningkat kebelakangan ini.
Anwar sepatutnya berucap di Kampung Sungai Tongkang, Rengit sejurus selesai Majlis Makan Malam dan perasmian Pakatan Rakyat Batu Pahat di sebuah restoran di sini malam tadi.
Puluhan anggota FRU dan polis menyerbu dengan pantas ke atas pentas dan mengarahkan pentas tersebut dikosongkan serta merampas peralatan audio dan menghalau penyokong daripada tapak ceramah.
Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail yang berada di lokasi ceramah berkata keadaan menjadi tegang selepas pihak polis menyerbu dan merampas mikrofon, pembesar suara serta mengoyakkan kain pemidang di atas pentas ceramah.
Mereka turut menahan beberapa orang aktivis parti yang didakwa menghalang tindakan pihak keselamatan tersebut.
"Keadaan agak tegang dan beberapa orang aktivis parti telah ditahan dan dibawa ke balai polis. Tetapi orang ramai masih menunggu dan tidak berganjak daripada tapak ceramah untuk menunggu ketibaan Ketua Umum," katanya semalam. Berita penuh sila baca di SINI
Sumber Gambar :
Sumber Videoclip :
sedih tgk video ni..terima kasih sbb upload..
ReplyDelete3:54 muka macam biawak, perangai macam setan. tanya pulak hensem tak?
ReplyDeleteAPCO mane reti bab demokrasi
ReplyDeletelain kali mintak la permit polis dlu..baru la boleh wat ceramah..ingat malaysia ni xde undang2 ke?
ReplyDeletetakde pon keganasan.bese je aku tgk..
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!