Guan Eng : Soi Lek! Jangan salahkan Islam..

GEORGE TOWN, 7 Ogos — Ketua Menteri Lim Guan Eng mempertahankan sumbangan Islam sambil menggesa Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek perlu mempelajari tentang ketamadunan Islam.

Sehubungan itu Lim berkata Dr Chua sedang cuba untuk mengalihkan tumpuan daripada masalah akar umbi sebenar, yang dilihat ditujukan kepada Umno selaku komponen utama Barisan Nasional (BN).

“Jangan salahkan Islam, saya berpendapat ia tidak adil,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Sebaliknya menurut Lim, Dr Chua sewajarnya mengemukakan persoalan-persoalan yang serius seperti perjudian sukan dan kalimah Allah kepada Umno.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menghadiri sidang media itu bersetuju dengan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.

Anwar berkata, Dr Chua dengan jelas memperlihatkan keangkuhan dan kejahiannya ekoran kenyataan beliau semalam.

“Pada pemikiran saya, dia seorang pemimpin yang tidak boleh diterima dalam pakatan (seperti BN),” kata beliau sambil menambah, pemimpin-pemimpin yang ingin menyelamatkan negara harus berusaha untuk memperluaskan pengetahun mereka tentang agama-agama yang lain.

Oleh itu kata beliau, adalah penting bagi bukan Islam memahami sumbangan masyarakat Islam dan begitu juga sebaliknya.

Lim berkata Dr Chua perlu memahami bahawa ketamadunan Islam bukan semata-mata terletak pada aspek kuasa empayar, tetapi juga dapat dilihat dalam bentuk keagungan keseniaan, pembelajaran, astonomi dan algebra.

“Negara-negara Islam berhadapan dengan masalah yang sama pernah dialami oleh China dan India sebelum ini,” katanya ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Integriti Khalifah Umar Abdul Aziz di sini hari ini.

“Hanya apabila India dan China bebas, merdeka dan tidak didominasikan oleh kuasa penjajah, mereka berupaya untuk sedar potensi mereka dan membawa keagungan mereka ke persada dunia,” katanya.

Dalam kenyataan semalam, Dr Chua membidas Umno dan PAS kerana menggunakan agama untuk bersaing mendapatkan sokongan orang Melayu.

Malah beliau mendakwa Malaysia juga kini terperangkap sebagai negara “berpendapatan tengah” lebih 10 tahun.

Bekas menteri kesihatan itu berkata persaingan antara kedua-dua parti Melayu Islam itu telah membawa negara ke arah “dasar-dasar yang tidak progresif.”

Dr Chua memberitahu MCA juga mendapati Umno menjadi semakin konservatif sejak kebelakangan ini.

Umno-BN kehilangan kerajaan lima negeri pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Bagaimanapun dalam reaksi segera semalam, pemimpin-pemimpin Umno dan PAS ‘bersatu’ membidas Dr Chua kerana menuduh kedua-dua parti Melayu Islam itu menggunakan agama untuk meraih sokongan orang Melayu sejak kebelakangan ini.

Sehubungan itu mereka memberi Dr Chua amaran bahawa beliau berhadapan dengan risiko mencetuskan reaksi balas daripada kaum Melayu


The Malaysian Insider

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Soi Lek, it's time the Chinese must form a new political party for all Malaysian Chinese so that all Chinese are united and don't have to rely on the Malays to fight for the Chinese rights. Dissolve MCA, dissolve Gerakan, dissolve DAP and form up the one and all Chinese party and call it United Chinese National Organization - UCNO. Any party's name less than 4 words is no match for UMNO. That's why MCA, MIC, DAP, PAS, PKR are forever inferior to that bloody four letter party UMNO.

    ReplyDelete
  2. ERRATA,

    Soi Lek, it's time the Chinese must form a new political party for all Malaysian Chinese so that all Chinese are united and don't have to rely on the Malays to fight for the Chinese rights. Dissolve MCA, dissolve Gerakan, dissolve DAP and form up the one and all Chinese party and call it United Chinese National Organization - UCNO. Any party's name less than 4 LETTERS is no match for UMNO. That's why MCA, MIC, DAP, PAS, PKR are forever inferior to that bloody four letter party UMNO.

    ReplyDelete
  3. dr.chua kami org islam mesti guna ugama untuk segala aspek,nak berpolitik mesti guna agama baru tahu mana yang agama benar dan mana yg tak boleh,nak mencari pasangan mesti guna agama mana yang boleh mana yg tak boleh, buat cd spt dr.chua buat x bolehlah.

    ReplyDelete
  4. Hello FMZam lu lagi tak faham ke bahawa segala parti politik yang berbau bangsa tak akan membawa kemakmuran kepada negara. Kalau hang lagi panggil orang cina bergabung buat satu parti cina, ini bererti hang nak hancurkan negara ini. No to racist party. Hang tak tahu kah DAP itu bukan parti cina...ia dibuka kepada hang juga lah. Tak faham-faham ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post