Isu Hudud : Penjelasan Nik Nazmi

Isnin lalu laporan New Straits Times memetik kata-kata saya menyatakan pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia adalah “tidak sesuai”.

Laporan ini kemudian dipetik pula oleh Bernama tanpa menghubungi saya.

Sebenarnya saya telah nyatakan ketika dihubungi NST bahawa tidak timbul persoalan bahawa saya menentang syariah kerana ia sebahagian daripada agama Islam.

Dalam 17 Perkara Dasar Keadilan, termaktub pendirian Keadilan dalam hal agama:

“Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan sambil menjamin hak bukan Islam untuk beragama dan berfikir, dan untuk memperkembangkan peranan agama dan nilai-nilai sejagat demi menegakkan kebenaran, keadilan, tatacara berakhlak, kemanusiaan dan kemuliaan insan.”

Pendirian Pakatan Rakyat juga adalah jelas. Dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dimeterai Keadilan, PAS dan DAP pada Disember 2009 Pakatan memartabatkan peruntukan Perlembagaan termasuk kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama di Malaysia.

Pakatan juga komited untuk menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam.

Dalam temubual saya Januari tahun ini dengan laman web the Nutgraph juga saya menegaskan adalah penting untuk semua menghormati mahkamah syariah (serta Perkara 121(1)(a)) dan memahami matlamat hakiki syariah (maqasid syariah) iaitu pemeliharaan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.

Isu ini telah saya ulas dalam dua bab dalam buku saya, Mendepani Zaman iaitu Meraikan Warisan Wasatiyyah Kita – bagaimana kita boleh mengembangkan peranan Islam dalam masyarakat selari dengan tradisi kesederhanaan Islam di Nusantara dan Tiada Paksaan: Masyarakat Islam dan Bukan Islam di Malaysia – bagaimana mempertahankan muafakat Perlembagaan bahawa Mahkamah Syariah hanya tertakluk kepada umat Islam dan tidak kepada masyarakat bukan Islam.
Dalam aspek syariah kita harus lihat perlunya mengambilkira fiqh al awlawiyyat (fiqh keutamaan) dalam proses pelaksanaannya.


Nik Nazmi Nik Ahmad

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Nik nazmi ni "kadang2" suka angkat bakul (puji diri sendiri)... kadang2 aku meluat pun ada...

    kalau dia berani, sila saman la pihak yang berkenaan...

    ReplyDelete
  2. MANA ADA NIK NAZMI NAFI BAHAWA DIA PERNAH KATA HUDUD TAK SESUAI DIAMAL? NEHI, TAK ADA. PURE AND SIMPLE. DIA HANYA PUSING2 BELIT2 BAGI ORANG CONFUSED SAJA. SETUJU DENGAN ANTA, KALAU BETUL NST DAN BERNAMA SIAR BERITA TAK BETUL SAMAN SAJA LA DUA2 TU MACAM HUSAM SAMAN EX YB TANAH MERAH DAN EX YB2 LAIN!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post