isu kenyataan rasis Pengetua : Muhyiddin baru bangun dari tidur..

Pada 12 Ogos yang lalu dalam perhimpunan di SMK Tunku Abdul Rahman, Pengetuanya Siti Inshah Mansor yang didakwa mengeluarkan kata-kata ini.

“Pelajar-pelajar Cina tidak diperlukan dan boleh balik ke China ataupun Sekolah Foon Yew. Bagi pelajar India, tali sembahyang yang diikat di pergelangan tangan dan leher pelajar nampak seakan anjing dan hanya anjing akan mengikat seperti itu.”

Kenyataan yang jelas berbau perkauman itu telah menimbulkan kemarahan dari berbagai pihak antaranya ialah Lim Kit Siang, Tony Pua dan juga dari Pemuda BN sendiri.

Pendirian pemuda BN senada dengan DAP yang mahukan siasatan dijalankan sepenuhnya dan sekiranya benar dakwaan tersebut pengetua itu hendaklah dihukum dengan keras.

Malangnya ketika masyarakat riuh rendah membincangkan isu tersebut Menteri Pelajaran hanya membisu atau masih belum sedar tentang apa yang berlaku..

Hari ini setelah beliau terjaga dari tidurnya Muhyiddin berkata kementeriannya akan menjalakan siasatan mereka sendiri..

Hmm.. hukumannya jika Pengetua itu didapati merupakan AJK atau memegang jawatan dalam UMNO sudah pasti akan didapati tidak bersalah, yang bersalah adalah Media kerana menyiarkan laporan yang salah.. atau budak-budak sekolah itu mereka-reka cerita.. tak percaya? Tunggulah..

Tak mungkin Pengetua itu penyokong Pakatan Rakyat. Kerana kebanyakkan kakitangan Kementerian Pelajaran yang menyokong Pakatan Rakyat masih berada dalam proses ditukarkan atau dipindahkan ke pendalaman..


Muhyiddin: Jawatankuasa khas siasat isu kenyataan rasis pengetua
Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani


PUTRAJAYA, 20 Ogos — Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kementeriannya akan menjalankan siasatan mereka sendiri sebelum memutuskan nasib pengetua Siti Inshah Mansor yang didakwa mengeluarkan kenyataan rasis.

Muhyiddin berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom agar menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat dakwaan tersebut.

“Kami hendak mendapatkan fakta sebenar. Setakat ini reaksi bersifat emosional tetapi kita perlu adil dan mempunyai maklumat yang betul sebelum kita boleh memutuskan langkah yang perlu diambil.

“Ini kerana wujud banyak kenyataan yang bercanggah,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Kata beliau, tindakan disiplin ke atas pengetuia berkenaan akan diputuskan selepas laporan lengkap diterima.

“Kita mesti dapatkan fakta yang betul kerana ada juga maklumat yang diterima agak berbeza tentang apa yang disebut, apa yang dinyatakan dan ada juga pihak yang telah membuat laporan kepada polis,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pengetua sebuah di Kulai Jaya, Johor yang didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di sini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menjijikkan.

Muhyiddin berkata walaupun pengetua terbabit telah memohon maaf dan diberi cuti tetapi tindakan yang dikenakan itu adalah langkah sementara.

Katanya tindakan susulan sama ada daripada segi disiplin atau perjawatan hanya akan diambil selepas laporan terperinci jawatankuasa tersebut dikemukakan kepada kementerian.

“Jika ia melibatkan soal disiplin, dan pegawai ini dianggap sebagai pegawai yang agak kekananan iaitu DG48, maka dia perlu dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam kerana prosedurnya melibatkan perjawatan,” katanya.

Muhyiddin berkata bagi polis yang telah menerima laporan berhubung perkara itu, terserah kepada mereka apa yang akan diperoleh daripada siasatan yang dijalankan.


The Malaysian Insider

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post