Semua rakyat perlu mengetepikan semangat perkauman jika mahu lihat Malaysia kekal membangun dalam semua aspek, demikian menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hari tu secara terbuka dia menyatakan bahawa beliau adalah 1Melayu dan kedua Malaysia..
Kemudian dia membenarkan pula penubuhan pertubuhan bagi setiap kaum yang menyerupai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Ayat beliau diatas sekali jelas memaparkan bahawa beliau lebih mementingkan bangsa atau perkauman dari Negara sendiri dan beliau juga mengutamakan sifat perkauman.
Menyokong Perkasa yang bersifat perkauman itu sendiri jelas menunjukkan sifat perkauman yang tertanam didalam diri Muhyiddin.
Membenarkan semua bangsa menubuhkan pertubuhan seperti Perkasa juga menggambarkan betapa Muhyiddin tidak faham apa tujuan 1Malaysia yang Najib cuba adaptasikan dalam pentadbirannya..
Sekarang.. dia suruh rakyat ketepikan sifat perkauman pula..
Macam ketam mengajar anaknya berjalan lurus pula rasanya..
Ketepikan semangat perkauman – Muhyiddin
Oleh Jamilah Kamarudin
KUALA LUMPUR: Semua rakyat perlu mengetepikan semangat perkauman jika mahu lihat Malaysia kekal membangun dalam semua aspek, demikian menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, sebagai negara yang berhadapan cabaran berikutan mempunyai komposisi pelbagai kaum dan etnik, aspek perkauman perlu diketepikan bagi mengekalkan keamanan negara.
Malah jika sesuatu kaum tetap berdegil mahu mempertahankannya tanpa melihat sesuatu perkara dengan lebih meluas, ia mampu mengundang respon yang berbentuk perseturuan dan menimbulkan ketegangan antara kaum.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Barisan Nasional berkata, "saya ingin mengingatkan para pemimpin muda bahawa mengurus negara yang mengandungi pelbagai etnik memerlukan banyak hikmah.
"Kami harus selalu mengimbangi di antara berkhidmat untuk kepentingan semua kaum dan memenuhi keperluan negara," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Para Pemimpin Pelajar Malaysia Tahunan ke 4 di sini semalam.
Menurut beliau, "kadangkala tuntutan yang melampau oleh sesuatu golongan etnik menyebabkan respon yang negatif dari komuniti yang lain.
"Apabila kaum-kaum saling membuat tuntutan masing-masing dan respon yang negatif akan menyebabkan ketegangan di antara etnik dan meletak keselamatan negara dalam bahaya," katanya
Muhyiddin berkata, semangat perkauman juga boleh diketepikan melalui perubahan sistem demokrasi pendidikan yang berkualiti.
Prejudis perkauman
"Maka tidak timbul nanti, prejudis perkauman atau rasa terpinggir kerana semua anak Malaysia mempunyai hak yang sama rata untuk mendapat pendidikan berkualiti.
Ujar beliau, "oleh sebab pengasingan dari sudut sosial dan ekonomi akan membawa kepada prejudis perkauman dan konflik etnik yang berpanjangan maka usaha meningkatkan kualiti pendidikan sekarang ini, saya yakin, akan menghapuskan semua punca konflik."
Katanya, "melalui perubahan sistem pendidikan sejak Laporan Razak 1956 dan juga Dasar Baru Ekonomi, jurang antara kaum juga dapat dikurangkan. Usaha memupuk perpaduan kaum juga dapat dimanifestasikan melalui beberapa dasar polisi yang diperkenalkan kerajaan.
"Setakat hari ini, kerajaan bertekad untuk membantu semua etnik supaya mempunyai akses kepada pendidikan yang lebih baik melalui peruntukan biasiswa dan perkembangan pendidikan tinggi."
Beliau menegaskan, "bahasa Mandarin and Tamil, dua bahasa ibunda utama di negara ini sebagai mata pelajaran elektif telah pun diperkenalkan.
"Ini termasuk program sekolah yang komprehensif yang telah direncanakan di bawah Bidang Keputusan Utama Nasional (NKRA)," tambahnya.
Free Malaysia Today
Hari tu secara terbuka dia menyatakan bahawa beliau adalah 1Melayu dan kedua Malaysia..
Kemudian dia membenarkan pula penubuhan pertubuhan bagi setiap kaum yang menyerupai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Ayat beliau diatas sekali jelas memaparkan bahawa beliau lebih mementingkan bangsa atau perkauman dari Negara sendiri dan beliau juga mengutamakan sifat perkauman.
Menyokong Perkasa yang bersifat perkauman itu sendiri jelas menunjukkan sifat perkauman yang tertanam didalam diri Muhyiddin.
Membenarkan semua bangsa menubuhkan pertubuhan seperti Perkasa juga menggambarkan betapa Muhyiddin tidak faham apa tujuan 1Malaysia yang Najib cuba adaptasikan dalam pentadbirannya..
Sekarang.. dia suruh rakyat ketepikan sifat perkauman pula..
Macam ketam mengajar anaknya berjalan lurus pula rasanya..
**********************************************
Ketepikan semangat perkauman – Muhyiddin
Oleh Jamilah Kamarudin

Beliau berkata, sebagai negara yang berhadapan cabaran berikutan mempunyai komposisi pelbagai kaum dan etnik, aspek perkauman perlu diketepikan bagi mengekalkan keamanan negara.
Malah jika sesuatu kaum tetap berdegil mahu mempertahankannya tanpa melihat sesuatu perkara dengan lebih meluas, ia mampu mengundang respon yang berbentuk perseturuan dan menimbulkan ketegangan antara kaum.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Barisan Nasional berkata, "saya ingin mengingatkan para pemimpin muda bahawa mengurus negara yang mengandungi pelbagai etnik memerlukan banyak hikmah.
"Kami harus selalu mengimbangi di antara berkhidmat untuk kepentingan semua kaum dan memenuhi keperluan negara," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Para Pemimpin Pelajar Malaysia Tahunan ke 4 di sini semalam.
Menurut beliau, "kadangkala tuntutan yang melampau oleh sesuatu golongan etnik menyebabkan respon yang negatif dari komuniti yang lain.
"Apabila kaum-kaum saling membuat tuntutan masing-masing dan respon yang negatif akan menyebabkan ketegangan di antara etnik dan meletak keselamatan negara dalam bahaya," katanya
Muhyiddin berkata, semangat perkauman juga boleh diketepikan melalui perubahan sistem demokrasi pendidikan yang berkualiti.
Prejudis perkauman
"Maka tidak timbul nanti, prejudis perkauman atau rasa terpinggir kerana semua anak Malaysia mempunyai hak yang sama rata untuk mendapat pendidikan berkualiti.
Ujar beliau, "oleh sebab pengasingan dari sudut sosial dan ekonomi akan membawa kepada prejudis perkauman dan konflik etnik yang berpanjangan maka usaha meningkatkan kualiti pendidikan sekarang ini, saya yakin, akan menghapuskan semua punca konflik."
Katanya, "melalui perubahan sistem pendidikan sejak Laporan Razak 1956 dan juga Dasar Baru Ekonomi, jurang antara kaum juga dapat dikurangkan. Usaha memupuk perpaduan kaum juga dapat dimanifestasikan melalui beberapa dasar polisi yang diperkenalkan kerajaan.
"Setakat hari ini, kerajaan bertekad untuk membantu semua etnik supaya mempunyai akses kepada pendidikan yang lebih baik melalui peruntukan biasiswa dan perkembangan pendidikan tinggi."
Beliau menegaskan, "bahasa Mandarin and Tamil, dua bahasa ibunda utama di negara ini sebagai mata pelajaran elektif telah pun diperkenalkan.
"Ini termasuk program sekolah yang komprehensif yang telah direncanakan di bawah Bidang Keputusan Utama Nasional (NKRA)," tambahnya.
Free Malaysia Today
Hoi MOOhiddin jangan cakap macam lembu. Bubarkan parti perkauman dulu macam hangpa punya AMNO, baru cakap tentang mengetepikan semangat perkauman, faham tak MOO?
ReplyDeleteMacam lidah biawak...bercabang-cabang...biawak pun kalah!!!
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!