Jamil Khir dan Fatwa Cari Makannya....

Jamil Khir kata mempertahankan negara merupakan satu jihad dan sudah pasti ganjarannya untuk orang yang berjihad ini juga besar. Maka, kalau besar ganjarannya, besarlah juga kesalahannya apabila seseorang itu memburukkan negaranya sendiri, maruah negara, di tempat orang dengan harapan negara akan jadi huru hara..

Mudahnya perumpamaan dia…

Kalau begitu.. para isteri yang membenarkan suami mereka berpoligami juga akan mendapat ganjaran yang besar di akhirat.. oleh kerana ganjarannya adalah besar bolehlah kita katakan kalau mengikut perumpamaan Jamil Khir diatas para isteri yang tidak membenarkan para suami mereka berpoligami telah melakukan kesalahan yang besar…

Kalau Jamil Khir menggangap Nurul Izzah berdosa kerana memburukkan negara sendiri dengan niat menimbulkan kekacauan .

Rasanya mereka yang menjual pengetahuan ugamanya demi mengejar kesenangan duniawi lebih besar dosanya..

Mereka yang mempergunakan pengetahuan ugamanya untuk menyokong kerajaan yang zalimpun berdosa juga tu..

Mereka yang menjadi Syaitan yang Bisu demi menjaga periuk nasi mereka ketika Najib meluluskan lesen judi bolasepak tu pun berdosa juga tu..

Tapi… Sejak bila Jamil Khir boleh membaca niat seseorang ni?


Jamil Khir anggap Nurul Izzah berdosa buruk negara
Ogos 26, 10 1:26pm

Mereka yang memburukkan negara sendiri dengan niat menimbulkan kekacauan disanggap berdosa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Kita kena sayangkan dan cintakan negara kita dan perlu bersedia dalam mempertahankan negara kerana ia merupakan satu jihad dan sudah pasti ganjarannya untuk orang yang berjihad ini juga besar.

"Maka, kalau besar ganjarannya, besarlah juga kesalahannya apabila seseorang itu memburukkan negaranya sendiri, maruah negara, di tempat orang dengan harapan negara akan jadi huru-hara," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian di majlis penyampaian sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada pesakit di hospital-hospital di Wilayah Persekutuan hari ini.

Jamil Khir diminta mengulas laporan bahawa ahli parlimen Lembah Pantai daripada PKR, Nurul Izzah Anwar, yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej dan maruah negara dalam satu temubual dengan sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini.

Dalam temubual itu Nurul Izzah didakwa telah menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai dasar baru ekonomi serta memperkecilkan keupayaan kapal selam negara ini.

Terdahulu, Jamil Khir menyampaikan sumbangan Aidilfitri daripada MAIWP berjumlah RM1.4 juta kepada Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Putrajaya, dan sumbangan RM20,000 kepada Hospital Nukleus di Labuan.

Katanya, sumbangan itu selain bagi membantu pihak hospital membeli peralatan perubatan, juga diagihkan kepada tabung kebajikan perubatan hospital bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan menyambut Aidilfitri.

Tahun ini MAIWP membelanjakan RM1.32 juta mbagi membantu 519 orang daripada golongan asnaf yang menghidapi penyakit kronik.


Bernama

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. sudah lah jamil... kalau nak cerita pasal dosa yang hang pi masuk belah geng-geng sesat yg tak berhenti buat fitnah lepas tu hang pi bela pulak guna hukum yg hang ambil sini sikit sana sikit nak bagi ikut selera depa tu tak dosa ka.... Iman bukan buleh diukur dengan degree berlori-lori bang oiii... dah terang depa buat keja sesat hang pi tumpang sekaki sebab nak jaga balasan dunia yg sedikit, nak jaga pangkat... hang dapat la dato, dapat la jadi menteri tapi hang tukang jilat depa laaaa buat hukum ikut sedap depa.. bodo

    ReplyDelete
  2. Tengok muka Mamat ni pun memang nak gunakan Islam untuk cari makan. Tak apa dia juga akan dapat habuan lumayan di Padang Mahsyar kelak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post