Kematian bekas ADUN UMNO, Polis sahkan kes bunuh dan bunuh diri

2010/08/10

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor, dan bekas pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, adalah kes bunuh dan bunuh diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata itu adalah hasil siasatan kes berkenaan yang dijalankan pihak polis. Bagaimanapun, beliau enggan memberikan butiran lanjut termasuk motif pembunuhan itu. Dalam kejadian pada jam 11 pagi Selasa lalu di Kilometer 455.7 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh, Abdul Aziz, 64, ditemui terkulai di tempat duduk pemandu kereta yang terbabas, manakala Siti Rohana, 43, dalam keadaan terduduk di sebelahnya.

Siti Rohana mati kerana terkena dua das tembakan, masing-masing satu di kepala dan rusuk, manakala Aziz mati akibat tembakan di kepala

Polis turut menemui sepucuk revolver .38 yang masih berisi dua peluru milik Abdul Aziz, di celah tempat duduk depan Toyota Caldina milik Siti Rohana yang dipandu bekas ADUN itu.


Berita Harian Online

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post