Ketua, AJK PKR Bukit Bintang masuk Umno

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan, Mahmood Abdullah, bersama 15 anggota yang sebahagiannya adalah Ahli Jawatankuasa (AJK) cabang berkenaan hari ini mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO, berkuatkuasa serta-merta.

Borang menyertai UMNO itu diserahkan kepada Timbalan Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, serta disaksikan Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah, dan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee.

Mahmood berkata, keputusan keluar parti itu dibuat tanpa adanya rasa benci atau rasa tidak puas hati terhadap sesiapa sebaliknya ia diputuskan demi untuk mengukuhkan bangsa Melayu dan agama Islam yang secara konsisten diperjuangkan UMNO.

“Tujuan kami kembali kepada UMNO adalah kerana yakin dengan fokus perjuangan yang dibawa Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mempunyai agenda perjuangan yang tidak berubah-ubah berbanding PKR.

PKR mempunyai pelbagai agenda dan matlamat…tidak fokus. Sebagai orang Melayu yang duduk dalam PKR saya rasa bersalah,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan borang di Pejabat Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di sini.

Katanya, selepas mencatat kejayaan cemerlang semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, segala kepincangan dalam perjuangan parti itu mula ketara dengan dihujani pelbagai masalah.

“Saya tak menyesal menyertai PKR tetapi berada di dalamnya, khususnya selepas PRU lalu membuatkan saya gelisah,” katanya dan menambah lebih 200 lagi ahli parti itu akan menyertai UMNO selepas Aidilfitri ini.

Ditanya apakah tindakannya itu didorong oleh pemilihan barisan kepimpinan PKR September ini, Mahmood berkata ia tidak langsung berkait kerana jawatan ketua bahagian Bukit Bintang yang disandangnya sejak tiga tahun lalu langsung tidak dicabar.


BERNAMA

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Sekiranya PKR bermasalah, inilah masanya parti tersebut perlu meneliti kembali dasar perjuangan mereka dan juga pentadbiran parti. Saya percaya PKR merupakan parti yang berjuang demi kepentingan rakyat dan demokrasi cuma terdapat masalah dari segi kekurangan kecekapan pentadbiran sahaja. mereka perlu merujuk dan belajar mengenai corak pentadbiran daripada parti-parti yang telah lama kukuh di luar negara seperti Parti Demokrat / Republican di USA, Parti Buruh / konservatif di UK dimana mereka mempunyai pengalaman sebagai pembangkang dan juga pentadbir serta bagaimana mereka dapat mengekalkan ahli dan menarik keahlian baru menyokong parti mereka. Saya percaya parti-parti tersebut mempunyai pentadbiran yang sistematik dengan sumber kewangan yang kukuh (boleh mengkaji macam punca kewangan mereka diperolehi).

    Kepada 15 anggota UMNO yang keluar parti tersebut adalah malang bagi mereka keluar parti atas alasan "kerana yakin dengan fokus perjuangan yang dibawa Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mempunyai agenda perjuangan yang tidak berubah-ubah berbanding PKR". kerana sudah terbukti secara lahiriah lagi selama 50 tahun UMNO gagal dalam mempertahankan nasib orang melayu dan Islam di negara Malaysia yang tercinta ini.

    Achmad Abdollah

    ReplyDelete
  2. LAGI PROSES PEMUTIHAN UNTUK MENDAPAT YG BERKUALITI.

    ReplyDelete
  3. yg keluar tu sama lah spt daun2 yg gugur dari satu pohon yg rendang, alasan yg diberi nampak dangkal walau bagaimana pun mrk dan gerombolan nya dah meninggalkan parti dan biar lah mrk pergi buat selama lama nya dari PKR jika mrk ada pun apa gunanya jika x mmbantu dan menjadi Duri Dlm Daging..Pemerhati.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post