Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, khatib yang dikaitkan dengan doa supaya Lim Guan Eng diberikan hidayah tidak keseorangan dalam menghadapi siasatan apa yang disifatkan sebagai ‘undang-undang baru Umno’.
Sehubungan itu, beliau meminta polis menyiasat sama majlis solat hajat dan bacaan Surah Yaasin di Masjid Jamek Al-Rahimah, Kuala Kubu Bharu bagi kemenangan P Kamalanathan dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor dahulu.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mahu polis dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang membuat siasatan sepenuhnya berhubung dakwaan penggunaan nama (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah Jumaat.
"Oleh kerana Umno histeria sangat apabila doa untuk Guan Eng dibacakan dalam khutbah, polis dengan pantasnya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat pembacaan doa itu.
"Kalau baca doa untuk Guan Eng dalam masjid menjadi satu kesalahan di sisi Najib sehingga polis menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat, sepatutnya polis menyiasat sama majlis solat hajat dan bacaan Surah Yaasin di Masjid Jamek Al-Rahimah, Kuala Kubu Bharu bagi kemenangan Kamalanathan," kata beliau yang menyifatkan histeria Umno itu semata-mata berpunca dari ketandusan modal politik dan tidak ada kena mengena dengan Islam.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan, sejak bilakah Najib dan Umno membuat undang-undang yang meletakkan usaha mendoakan mana-mana orang bukan Islam diberikan hidayah memeluk agama Islam sebagai satu kesalahan?
"Apa yang dilakukan hanyalah memohon doa agar Guan Eng diberikan hidayah dan tidak ada kena mengena dengan fitnah dan pembohongan Umno kononnya nama Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong (Tuanku Mizan Zainal Abidin).
"Adakah Umno sudah mengada-adakan undang-undang baru menggantikan undang-undang Allah sehingga usaha mendoakan mana-mana orang bukan Islam diberikan hidayah memeluk agama Islam menjadi satu kesalahan di dalam undang-undang baru Umno itu?" Mahfuz mempersoalkan.
Bagi beliau, adalah sesuatu yang natural bagi mana-mana orang Islam untuk mengharapkan orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam.
"Mengharap dan berdoa sepatutnya tidak menjadi satu kesalahan kerana ia bukan paksaan. Soal sama ada orang yang didoakan hendak memeluk Islam atau tidak, itu hak dia.
"Tetapi nampaknya Umno meletakkan usaha itu sebagai satu kesalahan. Nampaknya yang dihalalkan oleh Allah sudah menjadi haram di sisi Umno," kata Mahfuz.
Khatib yang menjadi mangsa ‘undang-undang baru Umno’ itu, Ustaz Zakaria Ahmad dilaporkan mengakui ada melafazkan doa untuk Guan Eng tetapi menegaskan tidak pernah mendoakan keselamatannya sebaliknya memohon supaya Guan Eng diberikan hidayah memeluk agama Islam.
Beliau memberitahu, pihak polis telah menghubunginya dan memintanya hadir memberi keterangan berhubung siasatan kes berkenaan.
Zakaria berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama memberi keterangan kepada polis kerana percaya tidak ada apa yang perlu disembunyikan.
Harakah Daily

Mula-mula Pas menyangkal perkara ni, katanya perkara ni sengaja di politikkan oleh UMNO utk jatuhkan PR.
ReplyDeleteSekarang dah betul berlaku, khatib mendoakan LGE dlm sembahyang Jumaat, Pas juga yg menegakkan apa yg berlaku itu benar dan tiada salahnya.
Apanya pembohongan, pembelitan, putar alam akhir zaman ni, sekejap tak betul, sekejap lagi betul, pelik... yang bercakap tu bukan calang2 orang.
Akhirnya sekarang tak perlu doa utk YDP Agong atau Ketua Agama setiap negeri semasa sembahyang Jumaat. Ikut suka khatib nak buat apa dia suka doakan. Bole gak doakan Bill Clinton, Lee Kwan Yew, Barrack Obama terbuka hati pada Islam, bagus gak usaha Pas tu.
Masyaallah....
masa awal isu ni......coba hang perati macam mana ayat itu dibentuk...mcmana tuduhan tu dibuat.......hang perati baik2 dan faham elok2 sapa bohong sapa yg auta!
ReplyDeletetolong ingat isu kat tganu....sapa yg hina sapa!........kesian hang pasai kami ni bukan jenis pelupa cam hang!

apa yang hang merapu ni..kes terenganu lain hang oii..ni kes dah buat salah lepas tu bila timbul isu tuduh orang lain kata buat fitnah lepas tu bila dah terbukti dan ada yang mengaku kata di bolehkan pulak lepas tu kaitkan dengan upacara doa yang lain dari isu yang dibangkitkan..so sekarang sapa yang tipu sapa yg putar belit cerita..memang dah sah sgt sgt PAS dan semua pemimpin depa dah jadi penipu dan pembelit...
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!