Kontrak Musa Hassan Wajar Disambung.

Bagi menghargai jasa Musa Hassan kepada Negara sewajarnyalah kontraknya itu disambung lagi kalau boleh biarlah dia menjadi Ketua Polis Negara sehingga akhir hayatnya, kerana didalam Negara Malaysia ini tiada anggota polis yang layak untuk menjadi Ketua Polis Negara selain Musa Hassan.

Musa Hassan ini umpama UMNO yang memerintah Malaysia, kerana hanya UMNO yang boleh memerintah Malaysia.

Musa Hassan juga telah berjasa kepada Negara kerana beliau telah membuktikan kepada kita bahawa beliau tidak kekok dalam menjalankan tugas yang kebiasaannya dijalankan oleh anggota bawahan, buktinya lihat dalam kes tuduhan liwat terhadap DS Anwar Ibrahim.

Dalam kes tersebut Musa Hassan telah menjalankan tugas anggota bawahannya dengan memikul tilam berulang kali naik ke Mahkamah.

Siapa lagi pegawai kanan polis yang sanggup melakukan tugas berat tersebut menggantikan orang bawahannya?

Nak harapkan Dato Ramli? Memang tak boleh harap kerana ada sumber mengatakan Dato Ramli ini umpama Anwar Ibrahim dengan Reformasinya. Anwar Ibrahim menjalankan agenda reformasi didalam politik Malaysia tapi Dato Ramli reformasinya didalam pasukan Polis.

Siapa Dato Ramli? sedikit maklumat ada di SINI.

Terbaru, Musa Hassan menyumbangkan jasa yang terbesar buat Negara dengan berusaha untuk memenuhkan kembali kantung Negara yang kian kering angkara pemimpin-pemimpin UMNO.

Melalui saman ekor yang dikuat kuasakan perlaksanaannya oleh PDRM yang dikepalai oleh Musa Hassan, Najib boleh bernafas lega buat seketika.

PDRM mengesahkan telah mengeluarkan sebanyak kira-kira 10 juta saman ekor setakat ini manakala dari 2.5 juta saman yang dikeluarkan, 1.7 juta pemandu telah disenaraihitamkan.

Bayangkan jika separuh dari Saman Ekor yang dikeluarkan itu adalah kerana kesalahan memandu melebihi had laju yang dibenarkanyang dendanya ialah RM300.00

Secara tidak langsung Musa Hassan telah membantu Najib mendapatkan RM1.5 Billion (sila betulkan jika saya salah) dari kocek rakyat.

Nampak tak betapa besarnya jasa Musa Hassan kepada kerajaan, tanpa perlu menyelaraskan lagi harga gula, gas memasak dan juga petrol dan diesel kerajaan telah berjaya mengutip RM1.5Billion dari kocek rakyat melalui tugas yang dijalankan oleh Musa Hassan.

Najib berjaya diselamatkan oleh Musa Hassan dari menjadi mangsa sumpah seranah rakyat kerana menyelaraskan lagi harga barangan keperluan asas.

Musa Hassan juga telah membuktikan kepada kita semua betapa proffesionalnya beliau dalam menjalankan tugas dengan mengingkari arahan Menteri di Kementerian Dalam Negeri agar Saman ekor ini dikaji semula biarpun arahan yang dikeluarkan oleh Hishamuddin itu hanyalah retrotik semata-mata.

Retrotik bagi menunjukkan kepada rakyat yang kerajaan UMNO/BN amat prihatin, walhal segala tindakan yang dilakukan oleh Polis tertakluk dibawah penguasaan KDN yang dikuasai Hishamuddin.

Musa Hassan telah melakukan pengorbanan yang besar terhadap Negara kerana telah menjadikan dirinya sebagai perisai bagi melindungi Najib dari sumpah seranah rakyat.

Jadi sebagai menghargai jasa-jasa Musa Hassan Kerajaan Malaysia perlu menyambung kontrak Musa Hassan kalau boleh biarlah sehingga akhir hayatnya.. lagipun lain-lain pegawai polis mana layak nak jadi Ketua Polis Negara kannnn..

**********************************************

IGP tidak pasti kontraknya akan disambung

Tan Sri Musa Hassan berkata beliau tidak pasti sama ada kontraknya sebagai Ketua Polis Negara yang berakhir pada 12 September ini akan disambungkan untuk kali ketiga.

Ketika diajukan soalan itu oleh wartawan pada satu majlis di Putrajaya, Musa enggan mengulas khabar angin bahawa kontraknya itu mungkin disambung lagi.

"Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya,” kata Musa yang kemudiannya beredar.

Kontrak Musa, 59, sebelum ini dilanjutkan selama dua tahun pada 2007 dan disambung lagi untuk setahun pada 2009.

Ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mahmood Adam berkata pihaknya tidak menerima sebarang permohonan bagi melanjutkan kontark Musa.

“Kalau ada apa-apa, kita yang pertama akan mengetahui tetapi setakat ini kita tiada maklumat (berhubung sambungan kontrak itu),” katanya ketika dihubungi.

Khabar angin kontrak Musa akan dilanjutkan timbul baru-baru ini kerana ada pihak yang mendakwa ketiadaan calon yang sesuai untuk dilantik sebagai ketua polis negara yang baru.

Menurut khabar angin itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pentadbirannya berpuas hati dengan prestasi Musa.

Pihak pembangkang, bagaimanapun membantah tempoh Musa sebagai ketua polis negara dilanjutkan. Ini khususnya kerana pembabitannya dengan perbicaraan liwat yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999.

Beberapa kenyataannya sebelum ini juga menimbulkan pelbagai kontroversi dan kritikan. Terbaru, pada April lalu, beliau mencadangkan polis berundur daripada meronda berikutan bantahan orang ramai berhubung cara polis menangani kes seorang remaja, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis.

Sumber berita : Malaysiakini

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kata Napoleon Bonarparte, Malaysia perlukan Musa Hassan lebih dari Musa Hassan perlukan Malaysia. Sambung kontrak, Full Stop!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post